- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Momen paling ‘berharga’ dirakam kamera ketika seekor burung menerbangkan seekor anak ikan jerung bersamanya

Misteri alam semula jadi memang tiada penghujungnya. Terkadang ada sahaja kejadian-kejadian pelik yang berlaku di sekeliling kita tanpa kita tahu sebab dan alasan mengapa ianya berlaku. Kadang-kala setiap kejadian aneh yang berlaku tidak masuk akan sehingga kita terfikir-fikir mengapa semua itu terjadi.

Contohnya apa yang berlaku di dalam video ini. Percaya atau tidak seekor burung telah menerbangkan seekor anak jerung bersamanya. Bunyinya mungkin kedengaran aneh tetapi itulah yang berlaku. Seekor burung terbang tinggi  bersama seekor anak jerung!

Kejadian luar biasa tersebut berlaku di sebuah pantai yang dikunjungi oleh orang ramai. Tidak tahu bagaimana semuanya bermula, namun burung tersebut jelas membawa seekor anak jerung terbang jauh meninggalkan pantai tersebut secara tiba-tiba.

Apa pun tujuan atau sebab burung itu melakukannya?

 

loading...