Jika anda peminat tegar drama dari Korea Selatan pastinya pernah melihat adegan-adegan di mana mereka menonton wayang di dalam kereta secara ‘drive-in’. Dengan membuka skrin di gergasi di sebuah kawasan lapang, penonton akan memakir kereta mereka di tempat yang disediakan secara teratur dan boleh menonton filem tanpa keluar daripada kereta.

Di Malaysia wayang jenis itu belum lagi diperkenalkan atau dilaksanakan oleh mana-mana pihak. Namun begitu, sejak menularkan wabak pandemik pelbagai idea baru muncul termasuklah bagaimana untuk mewujudkan panggung wayang yang lebih praktikal dan mengikut SOP yang dibenarkan pihak kerajaan.

David Ramos/Getty Images

Jadi, seiring dengan itu di Malaysia kita kini boleh merasai pengalaman menonton wayang secara ‘drive-in’ tidak lama.

Berita yang diumumkan menrusi satu status di laman Instagram, @mjjunction2020 dan program ini merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by M-Junction (@mjunction2020) on

Dengan menggunakan konsep yang sama seperti yang dilakukan di negara luar, tayangan wayang akan dilakukan di kawasan luas terbuka yang boleh memuatkan jumlah penonton yang ditetapkan.

Oleh itu, untuk anda yang kaki wayang jangan lupa untuk dapatkan tiket anda sekarang dan selamat merasai pengalaman menonton wayang versi ‘drive-in’ sama seperti di luar negara!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular