- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Anjing liar kurus kering enggan biarkan manusia simpati dekati, tanpa disangka amat bersimpati apabila terserempak orang ‘pura-pura mati’

Beberapa kisah anjing sebelum ini membuktikan bahawa segarang mana pun mereka, akan tetap ada sifat simpati di dalam jiwa haiwan ini terutama kerana naluri semula jadinya yang mahu melindungi spesiesnya atau makhluk lemah yang lain.

Seekor anak anjing kurus kering di kawasan pergunungan sangat memerlukan bantuan untuk diselamatkan. Kakitangan perlindungan haiwan menghabiskan beberapa hari di kawasan itu tetapi masih gagal membawanya turun dengan lancar dan kaedah biasa itu amat meletihkan. 

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Akhirnya, seorang gadis mendapat idea untuk ‘berpura-pura mati’ dan ‘menunjukkan kelemahan’ dalam diri anjing itu untuk melihat reaksinya. 

Anjing yang waspada ini akhirnya menyerah kalah dan prestasinya kini amat mengejutkan kerana dia mampu melangkah ke hadapan dengan menolak ke tepi segala sifat dinginnya!

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Kisah bermula pada ada suatu malam apabila pelindung haiwan bernama Dylan dan seorang gadis bersimpati mendengar terdapat seekor anjing liar di kawasan pergunungan Evans Creek Park di Washington yang begitu kurus kerana kekurangan zat tetapi terus menolak untuk didekati.

Lokasinya terletak dengan perjalanan batu kerikil menuju ke Gunung Rainier. Dylan dan gadis itu pergi ke kawasan tersebut setelah mendengar berita anjing liar kurus ini. 

Secara kebetulan tanpa bersusah payah, mereka telah terserempak dengan anjing itu sedang berkeliaran di satu kawasan kecil di pinggir jalan.

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Pada peringkat permulaan, mereka menghabiskan masa satu jam untuk memikatnya dengan makanan, tetapi anjing itu terus menjauhkan diri dan tidak menghiraukan umpan makanan itu. 

Kemudian mereka memutuskan kembali ke bandar untuk membeli sosej dan terus berusaha menarik anak anjing kurus yang kasihan ini bagi melihat apakah mereka dapat menariknya menaiki kenderaan pikap dengan lancar.

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Malangnya, anjing itu terus berjalan mundar-mandir di jalanan dengan tetap memelihara sikapnya yang berhati-hati terhadap manusia. 

Pada keesokan harinya, Dylan dan gadis itu menyediakan lebih banyak makanan dan memasukkannya ke dalam poket mereka. Kali ini di gunung itu, mereka telah menghabiskan masa selama berjam-jam.

Mereka sebenarnya tidak tahu apa yang harus dibuat. Duduk dekat dengan anjing di dalam pikap mereka dan selama beberapa jam itu, kadang-kadang memberinya makanan, bercakap dengannya, dan membiarkan anjing itu berasa terbiasa dengan mereka. Ternyata dia sangat degil dan masih tinggi egonya.

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Dylan menasihati untuk membiarkan gadis itu keluar dari pikap sementara anjing itu tidak dikejutkan dengan rasa ketakutan. 

Setelah keluar dari kereta, gadis ini melangkah di jalan berkerikil di belakang pikap. Pada masa ini, anjing itu mula menyalak, dan gadis ini terus berbaring dan meringkuk di pinggir jalan. Jarak daripada anjing itu semestinya sudah cukup untuk dia mencium dan merasai dengan nalurinya.

Anjing itu tiba-tiba jadi tidak keruan melihat gadis ini terbaring tidak bergerak selama kira-kira 20 minit dan kemudian dia berlalu pergi. 

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Cuaca ketika itu terlalu sejuk sehingga mengeluarkan salji dan gadis itu kembali ke dalam kenderaan untuk memanaskan badan. Mereka terus menunggu di dalam pikap itu sehingga anjing tersebut kelihatan muncul kembali. Akhirnya, mereka melihat anjing itu terbaring di tepi jalan yang berumput.

Kali ini setelah Dylan membiarkan gadis itu, kenderaan pikap itu meninggalkan lokasi kejadian. Cuaca yang sangat sejuk dengan salji yang turun dan wanita ini terbaring di tepi jalan bersendirian dengan punggungnya menghadap ke arah anjing kurus yang perlu diselamatkan.

Gadis ini mula bergerak perlahan ke belakang dengan cara mengundur, cuba untuk tidak membiarkan anjing itu menyedari bahawa dia mendekatinya sedikit demi sedikit.

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Setelah anjing itu mula menunjukkan rasa simpati, gadis itu meringkuk seperti bola dan berhenti bergerak. Pada jam yang berikutnya, sedikit demi sedikit dan secara perlahan-lahan dia menghampiri anjing itu.

Ketika gadis ini semakin dekat dengan anjing itu, dia telah menyalak sebanyak beberapa kali. Gadis ini berpura-pura menangis dengan terisak-isak dan menguap, yang mana merupakan tanda kelemahan anjing untuk menunjukkan tanda berdamai dan tiada ancaman. 

Pada masa yang sama gadis ini terus menggerakkan tubuhnya dengan perlahan-lahan sehingga menghampiri anjing itu.

Jarak antaranya dengan anjing itu sudah cukup dekat, dan gadis itu tidak lagi bergerak di sisinya. Anjing itu memerhatikannya untuk jangka masa yang agak lama dan dalam fikirannya mungkin menganggap kelihatan seperti manusia ini agak kasihan kerana terbaring di sana, seolah-olah dia tidak mempunyai kemahiran untuk kelangsungan hidup. 

Betapa tersentuh hatinya untuk dia terus bersimpati dan sedang berusaha membantu untuk memberinya perlindungan!

Pada masa ini, anjing dan gadis itu sangat dekat sehingga rasanya secara beransur-ansur harga dirinya untuk menolak manusia telah hilang dan mereka duduk di sana untuk menemani satu sama lain. 

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Pada detik yang tepat dan gadis ini tidak mahu melanggar peraturan alam atau cuba menangkap anjing itu, kerana bimbang akan kehilangan kepercayaan, anjing ini akhirnya membiarkan gadis itu meringkuk di atasnya.

Dalam masa dua jam, gadis ini berjaya membelai anjing itu dan bercakap dengannya. Ketika langit sudah gelap dan penglihatannya juga tidak jelas, gadis itu secara tidak sengaja tersentuh mulut serta hidung anjing ini dengan jarinya dan dia menerimanya dengan senyap tanpa menolak.

Anjing itu akhirnya berjaya dibawa ke dalam kenderaan pikap bersama gadis itu dan mereka berdakapan di sepanjang perjalanan sehingga sampai ke hospital haiwan. 

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Anjing itu yang dinamakan Baby Bear mendapat rawatan perubatan secara beransur-ansur dan kini dia telah kembali pulih dan sihat. 

Setelah 2 bulan menjalani rawatan, Baby Bear juga berjaya menemui tuan baru yang benar-benar menyayanginya.

Lost & Found Pets Wa State/Facebook [1]

Baby Bear menikmati kehidupan yang lebih selesa sebagai haiwan peliharaan yang disayangi di kediaman barunya bersama rakan haiwan lain yang turut menjalani kehidupan yang selesa dan bahagia. 

Baby Bear recovered in Carbonado/Facebook [2]

Terdapat halaman besar di belakang rumah di mana dia boleh berlari dan bermain. Baby Bear juga pintar dan patuh mendengar arahan pemiliknya.

Baby Bear recovered in Carbonado/Facebook [3]

Dia juga sudah pandai menyanyi menurut bahasa anjingnya dengan gembira, jauh sama sekali berbeza dengan sifatnya sebagai anjing pengembara di pergunungan di mana sebelum ini amat garang dan liar.

Tonton video Baby Bear yang patuh di bawah :

He sits, he shakes, he even speaks! (He got a little too shy to speak on camera).

تم النشر بواسطة ‏‎Baby Bear recovered in Carbonado WA [4]‎‏ في الاثنين، ٦ أبريل ٢٠١٥

Baby Bear recovered in Carbonado WA/Facebook [5]

loading...