- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

AirAsia perkenal polisi baru, hanya 1 beg bersaiz kecil dibenarkan dibawa masuk ke kabin

Orang ramai pastinya teruja apabila kerajaan mengumumkan bahawa sempadan antara negeri telah dibuka.

Ini membenarkan rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan rentas negeri di seluruh Malaysia kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jadi, orang ramai mula sibuk membeli tiket bas atau kapal terbang untuk pulang ke kampung halaman. Untuk tujuan itu, bagi mereka yang bakal menaiki pesawat AirAsia ada sebuah polisi baru yang diketahui sebelum anda terbang.

Polisi yang dimaksudkan ialah polisi mengenai jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke kabin.

AirAsia [1]

Garis panduan yang terkini dikeluarkan oleh syarikat penerbangan AirAsia ialah dengan mengehadkan hanya satu buah beg untuk dibawa masuk ke kabin. Penumpang hanya boleh memilih satu daripada tiga beg sama ada beg komputer riba, beg tangan atau beg bersaiz kecil.

Tambahan lagi, setiap beg yang dibawa masuk perlu memenuhi tiga syarat ini:

– Tidak boleh melebihi 40cm (ketinggian) x 30cm (lebar) x 10cm (panjang)
– Tidak boleh melebihi 7kg
– Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk penumpang

Namun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di, penumpang dibenarkan mendaftar masuk bagasi secara PERCUMA asalkan berat beg tersebut tidak melebihi 7kg.

Sekiranya berat beg tersebut melebihi had 7kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan beg.

Polisi baru ini dibuat selepas ruang bagasi di bahagian atas tidak boleh digunakan pada ketika ini. Keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan serta untuk mengamalkan penjarakan sosial di antara penumpang di dalam pesawat.

loading...