CALIFORNIA- Ombak besar yang berlaku secara tiba-tiba telah menghanyutkan pasangan pengantin yang terlibat dalam sebuah sesi bergambar pra perkahwinan. Namun, mujur tiada korban nyawa yang dilaporkan berlaku.

Kejadian yang berlaku di Laguna Beach, California beberapa hari lalu itu telah terakam oleh sebuah kamera yang menunjukkan bagaimana tragedi tersebut berlaku.

Paparan Skrin/YouTube

Paparan Skrin/YouTube

Video menunjukkan bahawa pasangan pengantin itu berdiri di atas sebuah batu besar untuk sesi bergambar mereka. Namun, tanpa diduga muncul sebuah gelombang ombak besar dan terus menghanyutkan mereka ke laut.

Paparan Skrin/YouTube

Pada mulanya, kedua-duanya berusaha keras untuk kembali ke tepian tetapi akhirnya mereka berdua mula kelihatan tidak berdaya dan hampir lemas. Mujur mereka diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan anggota bomba.

Paparan Skrin/YouTube

Walaupun fotografi perkahwinan tidak dapat disiapkan mengikut jadual tetapi kedua-duanya pasti bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka terselamat daripada tragedi itu.

Rakaman video semasa kejadian tersebut:

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular