Jangan ingat manusia sahaja yang boleh selamatkan manusia. Ini kerana di Jepun, seekor kucing telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki.

Pada 16 Jun lalu, Yamaguchi Akimi yang tinggal di sebuah kawasan kejiranan di Toyama Minami melihat seekor kucing merenung lama ke arah longkang besar.

Musykil dan ingin tahu apa agaknya yang disaksikan oleh kucing tersebut, Akimi kemudian melihat ke longkang terbabit dan terkejut apabila melihat seorang lelaki tua berada di dalamnya.

Peek Me

Bimbang akan keadaan lelaki itu yang tidak memberikan sebarang respon dan pergerakan, Akimi kemudian menghubungi anak perempuannya untuk meminta pertolongan.

Pada ketika itu juga, Nitta Tomoko mendengar bunyi bising di luar rumahnya. Nitta berlari keluar dan ternampak kucing miliknya, Coco berhampiran dengan longkang terbabit.

Dia kemudian bersama dua orang anak lelaki dan beberapa orang jiran yang lain kemudiannya bertindak mengangkat lelaki tua itu keluar daripada longkang.

Twitter | NHK News

Menurut laporan, ketinggian air di dalam terusan itu adalah setinggi 15 sentimeter dan arusnya agak deras. Jika lambat ditemui, mungkin nasib tidak menyebelahi lelaki tua berkenaan. Mujurlah dia hanya mengalami luka ringan.

Bagi menghargai jasa Coco, balai polis Toyama Minami kemudian menjemputnya menghadiri satu majlis.

Coco diberi penganugerahan bersama dengan lima individu lain yang turut menyelamatkan lelaki tersebut, iaitu Nitta, dua orang anak lelakinya, Akimi dan anak perempuannya.

Twitter | NHK News

Sebagai hadiah, Coco telah diberi makanan kegemarannya! “Saya amat terkejut namun saya bangga dengan Coco. Saya mahu meraikan usahanya menyelamatkan nyawa manusia”, kata Nitta.

“Terima kasih kepada Coco, kini saya lebih berhati-hati dengan persekitaran terutamanya berdekatan dengan terusan”.

Syabas Coco, hero berbulu yang comel!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular