Sahabat sejati adalah insan yang kekal berada di sisi kita ketika susah dan juga senang dan tidak pernah sesekali meninggalkan kita.

Insan seperti ini agak sukar ditemui sebenarnya dan bersyukurlah kita jika dipertmukan dengan mereka.

Seperti kisah seorang lelaki ini yang mempunyai banyak sebab untuk sentiasa bersyukur kerana dikurniakan sahabat sejati yang ada sahaja untuk dirinya, terutamanya sewaktu dirinya dilanda kesusahan.

TikTok

Menerusi satu video di TikTok, sekumpulan rakan difahamkan telah mengumpulkan wang seorang sedikit untuk membelikan telefon bimbit baru khas untuk rakannya, iaitu Iphone!

TikTok

Hal ini kerana, telefon bimbit rakan mereka itu difahamkan telah pun rosak dan malangnya dia tiada simpanan wang untuk membeli Iphone baru. 

Menurut sumber, rakan mereka yang telefonnya mengalami kerosakan itu kerap kali hanya menyaksikan sahaja gelagat rakan-rakannya yang lain bermain permainan di telefon bimbit masing-masing walhal dirinya tidak lagi mempunyai telefon bimbit.

Mampu tengok saja..

TikTok

Berasa simpati akan nasib rakan mereka, sekumpulan remaja itu kemudian secara diam-diam telah mengumpulkan wang bagi membolehkan rakan mereka itu mendapatkan telefon bimbit baru.

Beberapa video dimuat naik yang menunjukkan rancangan awal mereka hinggalah saat mereka menyerahkan telefon baru itu.

Rakan mereka itu pada mulanya terkejut dan berulang kali menanyakan adakah telefon itu benar-benar untuknya.

TikTok

Dia kemudian kelihatan menangis kerana begitu terharu dengan kebaikan sahabatnya. Benarlah bahawa teman sejati itu sukar untuk dicari dan kehadiran mereka di dalam hidup kita mampu membuatkan kita tersenyum di saat kita ‘terjatuh’ dan bersedih.

Oleh yang demikian, hargailah setiap masa dan pengorbanan rakan untuk anda selama ini…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular