- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Sesuka hati letak kereta di garaj orang, wanita ini luah kekecewaan individu tiada ‘common sense’

Tiada siapa yang rela kawasan atau harta benda mereka di cerobohi oleh orang luar, bukan? Tidak kiralah jiran tetangga sekali pun. Hidup bermasyarakat memerlukan kita untuk sentiasa menghormati sesama sendiri.

Bayangkan jika kawasan anda dicerobohi tanpa keizinan? Itulah yang yang dialami oleh seorang wanita dari Taiwan ini. Sepulang sahaja dia daripada Jepun demi memohon maklumat vaksinasi untuk anaknya, dia dapati garaj rumahnya terisi dengan kereta milik orang tidak dikenali.

Siapa saja yang tidak geram jika ianya berlaku bukan? Berani betul pemilik kereta itu meletakkan kereta hitamnya di garaj orang lain.

Gambar hiasan/Teepr [1]

Pemilik rumah tiada di rumah tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya menggunakan kawasan atau apa sahaja milik mereka.

“Pulang sahaja ke rumah dari Jepun, saya dapati ada sebuah kereta diletakkan di garaj rumah saya. Kenapa ada individu yang tidak tahu menghormati hak orang lain?”, luahnya geram.

Sudahlah meletakkan kereta di garaj orang, nombor telefon untuk dihubungi langsung tidak disertakan pada keretanya.

Berasa geram, wanita itu kemudian mengunci pagar garajnya, serta meninggalkan nota kepada pemilik kereta itu untuk memberitahunya bahawa wanita menetap di Jepun dan akan meninggal Taiwan pada hari itu. Pemilik kereta perlu menunggu sehingga 14 Ogos untuk dapatkan kembali keretanya dari garaj wanita.

Wanita juga mengesa dalam nota itu bahawa pemilik kereta itu langsung tidak beretika.

Teepr [1]

Menurut sumber, pemilik kereta itu meletakkan keretanya di situ ekoran mahu ke Taipei untuk berseronok dan memutuskan untuk meletakkan kereta di situ kerana tiada siapa yang berbuat sedemikian.

Alasannya itu tidak masuk akal bukan? Sebenarnya masih banyak lagi individu di luar sana yang tidak beradab, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kawasan atau harta benda orang lain.

Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lakukan sesuatu perkara sewenang-wenangnya. Hormati hak orang lain, barulah orang lain hormati kita.

 

 

loading...