Terdapat banyak kelebihan memelihara haiwan peliharaan di rumah. Kucing misalnya bukan hanya dapat menjadi peneman kita di saat suka dan duka, telatah mereka yang manja dan menghiburkan itu juga mampu menceriakan hari kita.

Bahkan mereka juga agak ‘berguna’ memandangkan naluri semula jadi mereka yang sememangnya memburu haiwan lain terutamanya haiwan perosak seperti tikus, lipas dan cicak. Mereka sememangnya penyelamat kita!

@animalfess2/Twitter

Buktinya, baru-baru ini tular di laman sosial menunjukkan seekor kucing bewarna jingga sedang berusaha untuk menangkap seekor cicak di dinding.

Video yang asalnya dimuat naik di TikTok itu kemudian telah dimuat naik di laman Twitter oleh seorang pengguna yang menggunakan nama akaun @animalfess2.

Menerusi video yang dipercayai berlaku di Indonesia itu, kita dapat lihat seekor cicak berada tinggi di atas dinding berhampiran dengan siling.

Oleh kerana kucing itu tidak sampai untuk memanjat ke dinding tersebut, pemilik kucing comel berkenaan dilihat membantu kucing kesayangan mereka untuk menyempurnakan misi untuk menangkap cicak.

Kucing bertuah itu diletakkan di atas kerusi lalu kerusi itu kemudiannya diangkat dan digerakkan mengikut gerakan cicak tersebut.

@animalfess2/Twitter

Tanpa melepaskan pemerhatiannya daripada cicak itu, kucing tersebut akhirnya berjaya menangkap cicak besar berkenaan. Syabas!

Aksi lucu itu ternyata mencuri perhatian pengguna di Twitter yang rata-ratanya terhibur dengannya.

Macam raja!

Apabila minat disokong keluarga..

Gotong royong sesama kita untuk rumah tanpa cicak!

@animalfess2/Twitter

Ada sahaja aksinya yang menghiburkan kita semua, bukan? Teruskan menjadi penangkap cicak yang berjaya ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular