Badak air atau turut dikenali sebagai hippopotamus merupakan haiwan herbivor yang mempunyai tubuh badan yang besar sehingga boleh mencecah berat tiga tan.

Haiwan ini lebih gemar menghabiskan masa yang ada dengan berendam di dalam air.

ABC 33/40/Facebook

Bagaimanapun, satu rakaman video berdurasi 1:00 minit yang dirakam di Zoo dan Taman Botani Cincinnati menunjukkan seekor badak air yang jelas sekali mempunyai sifat yang berbeza dari kaum keluarganya yang pasif.

Berdasarkan rakaman itu, dapat dilihat bahawa badak air itu, yang dikenali sebagai Fiona, seekor badak air betina yang berumur 2 tahun sedang bersuka-ria sambil berenang di dalam kolam bercermin.

ABC 33/40/Facebook

Yang menariknya, Fiona bukan sahaja berenang seperti biasa, tetapi Fiona berenang seperti ikan lumba-lumba! Dari permukaan air dalam kolam, Fiona berenang secara meluru ke dasar kolam sebelum kembali berenang dengan pantas ke arah permukaan air kolam semula.

Amboi, memang seronok benar nampaknya Fiona!

ABC 33/40/Facebook

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja Fiona tiba di penghujung kolam, Fiona juga dilihat terus naik ke daratan sebelum berlari keriangan menuju ke bahagian permulaan kolam dan terus terjun semula sebelum berenang sekali lagi dengan lagak ikan lumba-lumba!

Satu pusingan sahaja tidak cukup!

ABC 33/40/Facebook

ABC 33/40/Facebook

Mungkin kerana tertarik melihat rakan haiwan ikan lumba-lumba, Fiona juga mahu bergembira seperti mereka. Siapa sangka, rupa-rupanya badak air juga boleh berkelakuan aktif dan menunjukkan sisi comel mereka dalam masa yang sama.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video oleh ABC 33/40 di laman Facebook yang dimuat naik pada Jumaat, 26 Jun lalu telah meraih lebih dari 3.7 juta tontonan, 42,612 reaksi dan lebih dari 6,800 komen dari warganet.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular