Virus Swine Influenza H1N1 (SIV H1N1) atau selesema babi telah dikesan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada ternakan babi komersial dan babi hutan menerusi program tinjauan kebangsaan.

Menurut jabatan berkenaan, ternakan babi yang seropositif itu walau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit dan penyebaran jangkitan itu tidak berisiko terhadap manusia.

Gambar Hiasan/YouTube

Kenyataan daripada jabatan itu juga mendedahkan bahawa keputusan ujian terhadap semua sampel yang berkaitan didapati negatif.

Namun pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui DVS dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia telah mengambil tindakan pencegahan penyakit daripada memasuki negara.

Ianya melalui aktiviti seperti larangan pengimportan babi dan produk babi daripada negara yang telah dan berisiko dijangkiti, selain langkah pencegahan di pintu masuk utama seperti pemantauan dan pemeriksaan ke atas babi serta produk berasaskannya.

Dalam masa yang sama, kempen kesedaran awam kepada penternak mengenai penyakit itu di semua negeri turut dilaksanakan. Penternak diminta untuk meningkatkan biosekuriti ladang menerusi tindakan pencegahan.

Gambar Hiasan/YouTube

Industri babi di Malaysia dianggarkan bernilai RM5 bilion, dengan populasi ternakan melebihi jumlah 1.7 juta babi dibiakkan di 614 buah ladang komersial serta diuruskan oleh 5,000 pekerja.

SIV H1N1 merupakan virus avian influenza yang beradaptasi dan bermutasi menjadi virus babi, selain terdapat tiga jenis strain yang telah dikenal pasti iaitu SIV H1N1, H1N1pdm09 dan juga G4 EA H1N1.

Jika terdapat sampel positif, ujian lanjut untuk menentukan virus H1N1pdm09 dan juga G4 EA H1N1 akan dilakukan. Kementerian juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memperketatkan kawalan untuk menghalang penularan penyakit itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular