Bagi seseorang yang memang menggemari buah mangga, mungkin mereka sanggup lakukan apa sahaja, walaupun perlu ‘mencurinya’.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila sebuah rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kelakuan beberapa orang wanita yang berhenti di sebatang jalan yang mempunyai sebatang pokok mangga di bahu jalan.

Paparan Skrin/SAYS

Menerusi rakaman video yang berlaku pada petang 24 Jun di Telok Panglima Garang itu, dapat dilihat bahawa seorang pemandu wanita telah keluar dari kereta berjenama mewah untuk memetik dua buah mangga yang tergantung elok pada pokok.

Kemudian, tidak lama kemudian, kenderaan yang sama datang semula ke lokasi yang sama dan mula menurunkan tiga orang wanita dan mereka mula memetik lebih banyak buah mangga di lokasi itu.

Malah, salah seorang daripadanya turut memanjat kenderaan yang dibawa untuk memetik buah mangga yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi.

Paparan Skrin/SAYS

Bagaimanapun, apa yang mungkin wanita-wanita itu tidak ketahui adalah bahawa setiap satu buah mangga dari pokok itu telah dijaga rapi, lengkap dibalut dengan beg kertas agar tidak rosak oleh pemilik rumah berhadapan dengan pokok mangga berkenaan.

Menantu pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai Wendy mengatakan bahawa keluarganya pada mulanya tidak menyedari tentang perkara itu kerana faktor pagar rumah yang terlalu tinggi.

Tetapi, apabila mereka terlihat seseorang telah memanjat kereta semata-mata untuk memetik buah mangga, mereka telah keluar dan memberi amaran kepada wanita yang mengambil mangga itu.

Paparan Skrin/SAYS

Tetapi, Wendy turut mengatakan bahawa keluarganya turut berasa terhibur kerana “ada orang yang sanggup memanjat kereta untuk memetik mangga itu.”

Walaupun pokok mangga itu sememangnya berada di luar kawasan rumah, namun Wendy turut menyatakan bahawa keluarganya tidak keberatan untuk memberi kepada sesiapa yang memintanya.

Cuma, apa yang dilakukan oleh wanita-wanita itu adalah tidak beradab dan kelihatan seperti mencuri.

Paparan Skrin/SAYS

“Sekurang-kurangnya mintalah kebenaran, kami berbesar hati untuk memetik mangga yang ada untuk kamu juga. Kami selalu juga melakukannya,” tambah Wendy lagi.

Sememangnya, hidup secara berjiran memerlukan asas adab yang kuat agar seluruh masyarakat boleh hidup dengan aman serta mengelakkan konflik daripada berlaku.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara, selalulah beringat untuk mengutamakan kesejahteraan jiran-tetangga.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular