- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Temubual berita yang paling comel pada abad ini! Jawapan budak lelaki ini tentang COVID-19 buat orang ramai geli hati!

Maklum mengetahui bahawa kanak-kanak memang tidak pandai menipu, mereka cenderung untuk menjawab mengikut pemahaman mereka yang tersendiri apabila dikemukakan satu-satu soalan.

Bagaimanapun, seorang kanak-kanak, Muhammad Rifqi bin Mohd Rizuan, yang ditemu bual untuk salah satu slot dalam berita stesen televisyen terkenal ini pastinya telah mencuri perhatian ramai.

@HasrulRizwan/Twitter [1]

Berikutan pembukaan semula operasi taska dan tabika swasta, seorang wartawan telah menemu bual Rifqi tentang apa yang difahaminya tentang virus COVID-19. Bagaimanapun, jawapan kanak-kanak itu benar-benar comel dan agak lucu!

“Adik tahu atau tidak apa itu COVID-19?” soal wartawan itu.

“COVID-19 itu ada tajam, tajam, tajam, tajam, dinosaur pun ada tajam, tajam, tajam!” jawab Rifqi sambil menunjukkan patung dinosaurnya.

@HasrulRizwan/Twitter [1]

Difahamkan, Rifqi sebenarnya merujuk kepada imej mikro untuk virus COVID-19 yang berbahaya itu. Nampaknya, dia tidak salah! Virus itu sememangnya mempunyai ‘crown’ disekelilingnya, atau seperti pemahamannya, “ada tajam, tajam, tajam!”

Comel betul!

@HasrulRizwan/Twitter [1]

Seterusnya, wartawan itu terus bertanyakan soalan tentang cara yang boleh dilakukan untuk melawan wabak COVID-19. Namun, kali ini, jawapan yang keluar daripada mulut si comel ini benar-benar tidak disangka-sangka.

“Selepas itu, kita kentut. Busuk!” katanya lantas membuatkan wartawan yang menemu bualnya tertawa.

Memang lucu betul!

@HasrulRizwan/Twitter [1]

Petikan daripada klip berita itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Hasrul Rizwan (@HasrulRizwan [1]) pada malam 1 Julai dan sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telah pun meraih lebih dari 33,600 retweet, lebih dari 26,800 sukaan dan 227 komen daripada warganet yang kebanyakannya ‘cair’ dengan gelagat lincah Rifqi yang comel ini.

@HasrulRizwan/Twitter [1]

@HasrulRizwan/Twitter [1]

@HasrulRizwan/Twitter [1]

Walaupun lucu, namun markah penuh boleh diberikan kepada adik ini kerana jawapan untuk soalan pertama itu sememangnya masuk akal. Bijak!

loading...