- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Lebih dari 700 hutan di Indonesia terbakar, diisytihar darurat

Lebih dari 700 hutan di Kalimantan, Indonesia dilaporkan terbakar dan perintah keadaan darurat  telah diisytiharkan oleh pihak berkuasa sehingga 28 September.

Kini, pihak berkuasa tempatan sedang dalam usaha untuk memadamkan api kebakaran di kawasan hutan yang terlibat dengan secepat mungkin.

Gambar Hiasan/Unsplash [1]

Bagaimanapun, disebabkan penularan wabak COVID-19 yang turut menyerang negara jiran itu, laman Oriental Daily [2] melaporkan bahawa anggaran perbelanjaan untuk misi kecemasan itu telah dikurangkan sehingga separuh angka.

Hal ini seterusnya menyebabkan usaha untuk menyelamatkan hutan yang terbakar itu tidak dapat dilakukan dengan menyeluruh.

Gambar Hiasan/YouTube [3]

Disamping itu, pemotongan anggaran perbelanjaan bagi situasi kecemasan ini juga telah menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang risiko kebakaran hutan yang mungkin boleh merebak dengan lebih luas.

Perkara ini juga seterusnya akan menyebabkan timbulnya masalah jerebu di beberapa kawasan di negara itu dan negara jiran kelak.

loading...