- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Barulah kemas, wanita ini kongsi pantri idaman walaupun hanya di bilik stor bawah tangga

Persekitaran rumah yang kemas juga memainkan peranan penting kepada tahap kerajinan seseorang.

Ruang simpanan makanan ataupun pantri yang tersusun rapi sudah tentu ‘menaikkan’ semangat seseorang untuk memasak, bukan? Pasti ramai wanita di luar sana yang mengidamkan pantri yang kemas dan rapi.

Selain memudahkan aktiviti memasak, ia juga dianggap sebagai terapi diri sendiri. Tengok pun sedap sahaja mata memandang.

Gambar hiasan/Pinterest [1]

Seorang wanita di Facebook, Esm Shafizawati [2] baru-baru ini telah berkongsi beberapa foto pantri idaman yang dibina oleh suaminya sendiri di rumah. Walaupun pantri itu terletak di bawah tangga, ia sudah cukup membahagiakan buat dirinya.

Esm Shafizawati [2]/Facebook

Memakan masa empat hari untuk dibina, berikut merupakan gambar sebelum dan selepas pantri impian wanita berkenaan :

Sebelum..

Esm Shafizawati [2]/Facebook

Esm Shafizawati [2]/Facebook

Esm Shafizawati [2]/Facebook

Selepas..

Esm Shafizawati [2]/Facebook

Esm Shafizawati [2]/Facebook

Esm Shafizawati [2]/Facebook

Barulah semangat mahu memasak selepas ini, bukan? Sebenarnya anda juga boleh bina sendiri pantri di rumah – tidak kira sama ada di bilik kecil, di sudut dapur rumah ataupun ruangan yang sesuai. Semuanya boleh!

Ia sememangnya memudahkan. Sebelum membeli stok makanan, intai dulu makanan apa yang perlu dibeli. Dengan cara itu, dapatlah kita berjimat dan tidak terbeli lagi makanan itu walaupun ada lagi sebenarnya bukan?

Semoga perkongsian wanita ini memberi inspirasi kepada kita semua terutamanya kaum-kaum ibu di luar sana.

loading...