Pengorbanan petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 sangat luar biasa. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan, seorang pelukis mural kelahiran Terengganu telah mengabadikan gambar beberapa pejuang negara.

Ianya telah dikongsikan sendiri oleh pelukis berkenaan, Suhaimi Ali di akaun Facebook miliknya beberapa hari yang lalu.

Suhaimi Ali/Facebook

Antara potret yang dilukis Suhaimi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Suhaimi Ali/Facebook

Bukan itu sahaja, bahkan hero Malaysia iaitu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga turut diabadikan menerusi lukisan mural berkenaan.

“Leader become great, not because of their power, but because of their ability to empower others”. Thank you, our king and our hero”, tulisnya di Facebook.

Suhaimi Ali/Facebook

Mural itu menurutnya merupakan usaha kolaborasi dengan Abdul Hadi Ramli dan Firdaus Nordin – yang bertanggungjawab melukis potret Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Suhaimi Ali/Facebook

Hasil lukisan itu ternyata mendapat perhatian warganet bahkan Datuk Dr Noor Hisham sendiri yang memuji bakat dan usahanya itu.

@DGHisham/Twitter

Untuk mereka yang mahu lihat sendiri hasil mural Suhaimi, ianya terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam – di belakang Restoran Isa Maju. Tahniah Suhaimi dan rakan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular