- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Terlupa memakan telur penyu yang dibeli, wanita ini temui tiga ekor bayi penyu yang telah menetas dan memutuskan untuk membebaskan mereka ke laut. Nasib baik!

Penyu merupakan salah satu penghuni laut yang diancam kepupusan. Dan, salah satu punca yang menyumbang kepada perkara ini adalah kerana manusia yang memutuskan untuk memakan telur penyu.

 

Bagaimanapun, menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, Pelf Nyok (@pelf81 [3]), dia cukup bertuah kerana telah menemui sebungkus plastik yang berisi telur penyu yang dibiarkan di atas rak sejak bulan Ramadan yang lalu.

Dan yang menyeronokkan adalah apabila tiga biji telur yang berada dalam plastik itu telah cukup matang sehingga telah menetas menjadi tiga ekor bayi penyu yang sangat comel!

@pelf81/Twitter [3]

@pelf81/Twitter [3]

“Seseorang telah membeli beberapa telur penyu semasa bulan Ramadan dan terlupa untuk memakannya. Dua bulan kemudian, tiga ekor bayi penyu telah menetas dan mereka meminta untuk dibebaskan.

“Penyu akan menetas dan hidup, hanya jika kita memberikan mereka peluang,” tulis Pelf Nyok ringkas tetapi mendalam.

Dalam bebenang kiriman berkenaan, Pelf Nyok juga tidak lupa memuatnaik video rakamannya yang membebaskan bayi-bayi penyu itu di tepi pantai, agar setiap satunya berpeluang untuk menjalani kehidupan yang indah.

Bayi-bayi penyu ini dibebaskan ke laut.

“Sangat gembira kerana mereka telah menetas, dan tidak dimakan!”

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih lebih dari 4,400 ulang kicau, lebih dari 3,600 sukaan dan 27 komen daripada warganet setelah dimuatnaik pada tengah hari 25 Jun yang lalu.

Syukurlah, penyu-penyu itu kini selamat dan mendapat peluang untuk terus hidup. Semoga orang ramai semakin mendapat kesedaran untuk tidak memakan telur-telur penyu yang dijual di pasaran agar permintaannya semakin berkurang seterusnya dapat menyelamatkan penyu yang kini diancam kepupusan.

loading...