Haiwan liar pemakan daging atau karnivor seperti singa, harimau dan cheetah sentiasa menggerunkan kita semua.

Walaupun tergolong dalam keluarga kucing namun mereka agak agresif, tidak seperti kucing domestik.

Namun tidak bagi seekor cheetah yang ditempatkan di Wild Cat Conservation Centre di Sydney, Australia ini, di mana cheetah itu langsung tidak menakutkan malah aksinya mampu mencairkan hati kita semua.

Wild Cat Conservation Centre/Facebook

Video pendek berdurasi 14 saat berkenaan menunjukkan aksi seekor cheetah yang berinteraksi dengan salah seorang pekerja di pusat pemuliharaan tersebut.

Sama seperti saudara kucingnya, cheetah ini pandai juga bermanja sebenarnya. Cheetah tersebut dilihat meletakkan mukanya di perut penjaga di pusat terbabit.

Wild Cat Conservation Centre/Facebook

Alahai, manjanya! Siap terpejam-pejam mata menikmati urutan pada telinganya itu. Untuk pengetahuan anda, cheetah jantan ini diberi nama Duke.

Menariknya, cheetah yang merupakan haiwan liar ini juga turut berdengkur ketika sedang bermanja – sama seperti kucing!

Wild Cat Conservation Centre/Facebook

Walaupun baru beberapa hari dimuat naik di laman Facebook, video Duke berkenaan telah pun ditonton lebih 2.1 juta kali dan menerima banyak komen daripada pengguna.

Sehingga ada yang cemburu..

Wild Cat Conservation Centre/Facebook

Ya, tidak ramai yang tahu cheetah juga boleh hasilkan bunyi dengkuran manja

Wild Cat Conservation Centre/Facebook

Besar atau kecil, keluarga kucing semestinya sukakan usapan di kepala

Wild Cat Conservation Centre/Facebook

Menurut sumber, Duke merupakan seekor cheetah yang pandai bersosial. Duke juga mempunyai kawan rapat dan mereka berdua sentiasa bergurau dan bermain bersama.

Wild Cat Conservation Centre/Facebook

Semoga Duke dan rakannya membesar dengan riang dan sihat!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular