WASHINGTON – Sekumpulan penyelidik di China telah berjaya menemui satu lagi virus selesema khinzir baharu yang dipercayai mampu mencetuskan pandemik.

Penemuan berkenaan merupakan hasil kajian jurnal sains Amerika Syarikat terbitan Prosiding Akademik Sains Kebangsaan (PNAS) pada Isnin lalu (29 Jun 2020).

Gambar Hiasan/YouTube

Penyelidik telah menamakan virus tersebut sebagai G4 dan ia ditemui menerusi analisis daripada 30,000 sampel ujian swab yang diambil dari rumah penyembelihan khinzir dari 10 wilayah di China.

Malah, virus terbaharu ini juga dikatakan memiliki persamaan dengan virus H1N1 yang pernah melanda dunia dan membunuh hampir setengah juta penduduk pada tahun 2009.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh PNAS itu juga, kriteria yang wujud pada virus ini dipercayai mampu menyebabkan penyebaran di antara sesama manusia. Sampel yang diambil dari tahun 2011 hingga 2018 ini menunjukkan hasil keputusan yang dominan kepada khinzir sejak tahun 2016 lagi.

“Virus G4 mempunyai semua ciri penting dari virus pandemik. Jangkitan seperti ini sangat meningkatkan peluang untuk penyesuaian virus pada manusia dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya virus pandemik”.

Di samping itu, para penyelidik turut melakukan pelbagai jenis eksperimen bagi mendalami kajian tersebut. Salah satu eksperimen yang dilakukan ke atas musang mendapati haiwan ini juga mengalami gejala yang sama seperti manusia iaitu demam, bersin dan juga batuk.

Ujian darah yang dilakukan ke atas pekerja ladang khinzir yang terdedah kepada virus ini pula mendapati sebanyak 10.4% pekerja ladang telah dijangkiti. Hal ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa virus ini mampu menyebabkan pandemik secara meluas.

Paparan Skrin/BBC News

Menurut Profesor Kin-Chow Chang, meskipun virus baharu ini belum menunjukkan impak negatif yang besar tetapi ianya tetap perlu diberikan perhatian yang teliti.

“Buat masa sekarang kita menumpukan perhatian kepada virus korona tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh memandang ringan virus baharu yang berpotensi berbahaya. Kita tidak boleh mengabaikannya”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular