Seorang wanita sarat mengandung tidak sempat memasuki bilik kelahiran apabila terpaksa melahirkan bayi perempuan di hadapan pintu masuk pusat bersalin di Florida.

Seorang bidan yang dengan segera membantu menyambut kelahiran bayi itu berkata bahawa ia adalah pengalaman menyambut kelahiran terbaik pernah dialami.

Pada 19 Jun yang lalu, seorang wanita hamil Susan dan suaminya Joseph Anderson dari West Palm Beach, Florida bergegas ke Peaceful Pregnancy Pathways untuk melahirkan bayi mereka. 

Natural Birthworks/YouTube / Paparan Skrin

Mereka keluar dari kereta dan cuba berjalan ke pintu masuk pusat bersalin itu, namun Susan tidak lagi dapat berjalan kerana mengalami kontraksi yang teruk. 

Susan hanya mampu berdiri di tempat letak kereta dan Joseph yang cemas terus membantunya.

Dalam rakaman video yang tular, didapati seorang wanita berada di sisi Susan dan kelihatan dua orang pegawai polis berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Natural Birthworks/YouTube / Paparan Skrin

Wanita tersebut berteriak kepada polis bahawa dia adalah bidan dan Susan akan melahirkan bayinya di hadapan pintu masuk pusat bersalin.

Bidan ini tidak sempat bercakap panjang kerana bayi itu sudah tidak sabar untuk keluar dari rahim ibunya. Keseluruhan perjalanan bayi perempuan itu ke dunia hanya mengambil masa kira-kira 10 saat.

Dengan tenang bidan tersebut membantu Susan bersalin dan menyambut bayinya, sementara polis di sebelahnya hanya mampu tercengang dan menutup mulut tanpa sempat menghulurkan bantuan tambahan.

Natural Birthworks/YouTube / Paparan Skrin

Adegan mendebarkan secara semula jadi itu dirakam sepenuhnya oleh kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan pintu masuk pusat bersalin. 

Susan dan Joseph memberitahu media selepas itu bahawa mereka tidak menyangka anak perempuan mereka begitu pantas dan tidak sabar untuk melihat dunia kerana yakin dapat tiba ke pusat bersalin itu tepat pada masanya, namun amat bersyukur keseluruhan proses kelahiran berjalan dengan lancar. 

Ibu bersama bayi perempuan bernama Julia dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Natural Birthworks/YouTube / Paparan Skrin

Manakala bidan tersebut, Sandy Lobaina berkata dia telah menyambut ratusan kelahiran bayi dengan pelbagai ragam dan ini adalah pengalaman pertama kali menyambut kelahiran bayi di tempat letak kereta berhadapan pusat bersalin.

Sandy juga berkata menerima kejutan menakjubkan kerana proses Susan melahirkan bayinya adalah sangat pantas dan mudah.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular