KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjadualan semula takwim peperiksaan kendalian KPM untuk tahun 2020 berdasarkan Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebelum ini ditangguhkan, akan diadakan pada 6 Januari hingga 9 Februari tahun 2021.

Tarikh asal peperiksaan SPM yang bakal diduduki lebih 400,000 pelajar iaitu pada 16 November hingga 7 Disember 2020 telah ditunda kepada suku pertama tahun 2021, seperti berikut :

Kementerian Pendidikan/Twitter

Kementerian Pendidikan/Twitter

Kementerian Pendidikan/Twitter

“Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar”, jelas KPM menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 28 Jun lalu. 

Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi sebelum menduduki peperiksaan.

MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Tambah KPM lagi, penggunaan beberapa sekolah menengah sebagai pusat peperiksaan juga membawa kepada perubahan tarikh pembukakan sesi persekolahan untuk tahun 2021.

“Oleh kerana SPM 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama 2021, kementerian mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan.

“Ini termasuklah memperinci tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan dimaklumkan kelak”, jelas kenyataan itu.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular