Rata-rata daripada kita sebenarnya mampu menyesuaikan diri dalam kehidupan normal baharu, di mana kita kerap mencuci tangan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan juga sentiasa memakai pelitup muka.

Kemana sahaja kita pergi, pasti pelitup muka dan cecair pembasmi kuman ada di sisi sehingga kadang kala ada juga individu yang terlupa untuk menanggalkan pelitup muka!

Itulah pengalaman lucu yang dialami oleh seorang gadis ini. Berkongsi kisah di laman Twitter, Nabihah menceritakan kisahnya ketika ingin memperbaharui lesen memandu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Nabihah, semuanya bermula apabila gambar terbaru dirinya tiada dalam sistem dan pada ketika itu pula, dia langsung tidak membawa gambar pasport berlatarbelakang warna putih bersamanya.

Oleh itu, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertugas meminta dia untuk menangkap gambar lesen yang baru di ruangan yang disediakan.

Keadaan yang tidak disangkakan ini sudah pasti membuatkan gadis tersebut kelam kabut, sehinggakan dia terlupa untuk menanggalkan pelitup muka dan juga beg yang dibawanya! Hasilnya….

@nabihahaiman/Twitter

Jelas kelihatan tali beg yang dibawa serta pelitup muka yang terlupa untuk ditanggalkan Nabihah itu. dia hanya menyedari keadaan itu setelah ditegur oleh seorang lagi pegawai JPJ namun semuanya sudah terlambat.

Dia terpaksa redha dan menganggap ‘insiden’ lucu berkenaan sebagai satu memori yang tidak akan dilupakannya dan dinamakan sebagai lesen PKP.

Perkongsian gadis berkenaan ternyata mendapat perhatian ramai pengguna Twitter yang begitu terhibur dengan kisahnya.

@nabihahaiman/Twitter

Walaupun terlupa menanggalkan pelitup muka dan juga tali beg yang disilangkan di badannya itu jelas terpampang namun ternyata foto Nabihah masih lagi comel dan ayu, bukan?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular