Suku Igorot merupakan kumpulan etnik yang tinggal di kawasan pergunungan di Luzon, Filipina.

Sehingga ke hari ini, meskipun dunia sudah semakin maju, suku kaum Igorot masih mengamalkan cara hidup tradisional. Salah satu tradisi yang masih diamalkan oleh suku ini adalah sambutan Imbayah iaitu pertandingan Ukiran Basikal Kayu.

Peekme

Apa itu Ukiran Basikal Kayu? Ukiran basikal kayu merupakan sejenis basikal yang diperbuat oleh masyarakat Igorot menggunakan kayu dan diukir kepada bentuk-bentuk yang bertemakan haiwan, manusia dan sebagainya.

Ukiran basikal kayu ini biasanya didapati dalam bentuk haiwan seperti naga, singa dan helang serta koboi.

Peekme

Selain daripada memiliki rupa yang unik dan menarik, basikal kayu ini juga mempunyai ketahanan yang tinggi dan seringkali dijadikan sebagai alat tunggangan dalam sesebuah perlumbaan!

Memandangkan basikal ini tidak boleh dikayuh disebabkan oleh struktur kayunya, kelajuan basikal akan ditentukan ketika para penunggang menuruni kawasan yang curam dalam sesebuah perlumbaan.

Peekme

Untuk memperlahankan atau memberhentikan basikal masing-masing, penunggang perlulah menggunakan kaki masing-masing memandangkan basikal ini tidak memiliki kemudahan brek.

Dikatakan kelajuan tertinggi yang pernah dicapai oleh basikal kayu ini adalah sehingga 40km/jam!

Peekme

Jurugambar Richard Haw yang menyaksikan sambutan ini di pekan Batad menyatakan, “Saya tidak pernah mendengar adanya kes kematian atau kemalangan melibatkan mereka ketika menggunakan basikal ini. Tetapi jika diperhatikan pada tapak kaki mereka, saya melihat ada kesan parut yang sangat dalam akibat daripada aktiviti ini”.

Peekme

Kebiasaannya setiap kali sambutan Imbayah, kaum lelaki akan bertanding dalam mengukir basikal masing-masing untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Memiliki basikal kayu ini dianggap sebagai satu simbol status bagi masyarakat Igorot memandangkan mereka tidak memiliki kemampuan untuk mendapatkan basikal atau motosikal.

Great Big Story/YouTube

“Mereka adalah masyarakat yang mengamalkan gaya hidup ringkas tetapi sejajar dengan peralihan zaman moden, ianya sedikit sebanyak memberi impak terhadap cara hidup masyarakat Igorot,” kata Haw.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular