Membantu orang yang dalam kesusahan merupakan satu amalan yang mulia. Lebih-lebih lagi jika kita melakukannya dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan mahupun pujian daripada orang lain.

Inilah yang dilakukan oleh Wei Hanyu, seorang kanak-kanak yang sangat baik hati dan suka menolong orang.

Di sekolah Wei Hanyu, terdapat seorang murid yang mengalami kecacatan fizikal. Murid yang dikenali sebagai Xiao Rui itu tidak memiliki keupayaan untuk berjalan dan hal ini menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Peekme

Simpati dengan keadaan dan kesulitan Xiao Rui untuk bergerak bebas, guru kelas telah meminta pertolongan Wei Hanyu untuk menjaga Xiao Rui ketika di sekolah.

Hal ini kerana Wei Hanyu adalah seorang yang berbadan besar dan memiliki kekuatan fizikal untuk membantu Xiao Rui agar tidak dibuli oleh pelajar lain dan dapat meneruskan sesi persekolahan dengan selesa.

Peekme

Wei Hanyu tidak membantah keputusan gurunya. Sejak hari itu, dia akan membantu meringankan beban Xiao Rui. Ke mana sahaja rakannya pergi, pasti ada Wei Hanyu yang menemani tidak kiralah sama ada ke tandas, melakukan kerja sekolah, menaiki dan menuruni tangga dan sebagainya.

Meskipun ia adalah satu tanggungjawab yang berat, Wei Hanyu tetap menunaikannya dengan penuh kesabaran dan menjaga kebajikan Xiao Rui dengan sebaik mungkin.

Lebih menakjubkan lagi, Wei Hanyu telah menjaga Xiao Rui selama empat tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya. Murninya hati kecil Wei Hanyu meskipun masih muda.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika ibu Wei Hanyu ingin menjemput anaknya pulang dari sekolah, seseorang telah menegur ibu Wei Hanyu dan memuji tentang kebaikan hati anaknya itu. Pada ketika itulah baru ibunya tahu tentang apa yang dilakukan oleh anaknya itu di sekolah.

Peekme

Meskipun berbangga dengan anaknya, ibu Wei Hanyu tidak menafikan bahawa dia risau dengan prestasi anaknya di sekolah sekiranya anaknya terlalu fokus dalam menjaga orang lain sehingga mengabaikan pembelajaran.

“Jika awak berasa letih, awak tak perlu tolong dia. Tiada siapa yang akan bercakap buruk tentang awak”.

Peekme

Bagaimanapun, Wei Hanyu tidak bersetuju dengan pendapat ibunya itu dan memberitahu bahawa dia akan terus membantu Xiao Rui selagi boleh memandangkan rakannya itu tidak berupaya untuk bergerak tanpa pertolongan orang lain.

Mulia sungguh hati awak, Wei Hanyu! Bukan semua orang mampu melakukan seperti apa yang Wei Hanyu lakukan. Di usia yang masih muda, kebanyakan kanak-kanak akan menghabiskan masa dengan bermain tetapi tidak bagi Wei Hanyu yang lebih rela menjaga rakannya itu.

Inilah yang dikatakan persahabatan sejati. Semoga kedua-dua anak ini akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan dilimpahkan dengan rezeki yang luas.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular