Adakah anda masih ingat anjing yang pergi ke balai polis setelah dia sesat di Texas?

Percaya atau tidak anjing itu telah pergi sendiri ke balai polis dengan wajah yang tenang seolah-olah mahu meminta bantuan daripada pihak polis.

Peekme

Walaupun terdapat maklumat pada rantainya tetapi maklumat tersebut masih tidak jelas akan siapa pemilik anjing tersebut. Untuk mencari pemilik anjing itu, pihak polis telah menyebarkan maklumat mengenai haiwan itu dan menunggu pemiliknya datang.

Sementara menunggu orang datang mengambil anjing itu, polis di situ telah bermain-main dengan dengannya.

Peekme

Namun, setelah bermain anjing tersebut hilang semula. Keesokan harinya pemilik anjing itu datang ke balai polis dan memberitahu anjingnya telah selamat kembali ke rumah dengan sendirinya. Dia juga berterima kasih kerana menjaga anjingnya selama berada di balai polis.

Itu baru cerita mengenai seekor anjing bijak di Texas. Di Changzhou, Jiangsu juga ada seekor anjing bijak yang telah datang ke balai polis untuk meminta bantuan polis untuk menemukan semula dengan pemiliknya.

Pada suatu hari anjing tersebut muncul di hadapan sebuah balai polis. Melihat akan anjing sesat itu, polis pun membuka pagar dan membiarkannya masuk.

Anjing itu kemudian mengikuti pegawai polis masuk ke dalam balai. Polis menjangka anjing tersebut telah tersesat dan bersedia untuk membantu mencari pemiliknya.

Peekme

Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila pemilik anjing itu datang ke balai polis untuk melaporkan kehilangan anjingnya dan di situlah dia berjumpa semula dengan anjingnya yang kebetulan ada di situ.

Peekme

Pada awalnya dia tidak yakin itu adalah anjingnya hanya kerana fizikalnya yang sama namun apabila dia memerhati betul-betul barulah dia yakin anjing itu adalah anjingnya yang hilang.

Dia sendiri tidak percaya bahawa itu adalah anjingnya dan dia begitu bijak untuk datang ke balai polis untuk mendapatkan bantuan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular