Bagi penduduk di bandar, kebanyakan daripadanya agak takut untuk mendekati angsa. Hal ini adalah kerana angsa cenderung untuk ‘menyerang’ mana-mana individu yang tidak dikenalinya. Serangan dengan menggunakan paruh mereka yang kuat itu pula semestinya sangat menyakitkan!

@AtukNature/Twitter

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter bernama Ridhuan (@AtukNature) telah memuatnaik sebuah video pendek berdurasi 1:00 minit yang menunjukkan angsa kesayangannya yang tidak lepas-lepas memeluknya dari awal video sehingga akhir video.

Memang manja sungguh!

Angsa tersebut, yang dinamakan Seman, dikatakan sudah lama tidak bertemu dengan Ridhuan. Pun begitu, Seman masih tetap mengecam dan mengenali Ridhuan dan mencuri peluang untuk melepaskan rindunya kepada pemuda itu.

@AtukNature/Twitter

Yang lucunya, dalam video yang sama, terdapat seorang lagi budak lelaki yang cuba mendapatkan perhatian Seman. Mungkin, mahu mencuba nasib untuk memeluk Seman sepertimana yang Seman lakukan kepada Ridhuan.

@AtukNature/Twitter

Bagaimanapun, Seman langsung tidak menghiraukan budak lelaki itu dan terus memeluk Ridhuan. Kemudian, menerusi sebuah lagi video yang dimuatnaik dalam bebenang kiriman itu, budak lelaki itu dilihat telah dipatuk oleh Seman kerana dia terus-terusan cuba mengusap kepala Seman.

@AtukNature/Twitter

@AtukNature/Twitter

Nampaknya Seman sudah mula rimas dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa selain Ridhuan! Lucu betul!

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih lebih dari 475,200 tontonan, lebih dari 30,300 sukaan dan lebih dari 19,800 ulang kicau. Memang tidak hairanlah bagaimana kiriman yang seringkas ini boleh menarik begitu banyak perhatian kerana kelakuan angsa yang seekor ini memang lain dari yang lain.

Cemburu dibuatnya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular