Lazimnya, apabila kita menemui ulat sayuran dalam bungkusan sayur yang dibeli, kita akan terus membuangnya dan membasuh bersih sayur yang dibeli. Bagaimanapun, seorang lelaki dari United Kingdom, Sam Darlaston (@samd_official), memutuskan untuk membela kesemua ulat beluncas yang ditemui dalam bungkusan sayur brokoli yang dibelinya.

Ulat beluncas yang ditemui bukan hanya seekor, tetapi tujuh ekor kesemuanya!

Menerusi perkongsian Sam di laman Twitter, dia menyatakan bahawa dia pada mulanya hanya berniat untuk membela seekor ulat beluncas yang ditemui dalam sayur brokoli yang dibelinya dari pasar raya Tesco itu.

Bagaimanapun, selepas membeli lagi sepokok brokoli dengan menggunakan wang pulangan yang diberikan oleh pihak Tesco, dia telah menemui lagi lima ekor ulat beluncas di dalamnya!

Tidak berhenti di situ sahaja, Sam kemudiannya mendapat lagi seekor ulat beluncas yang ditemui dalam bungkusan sayur brokoli yang dibeli oleh rakan serumahnya! Jadi, jumlah ulat beluncas yang perlu dibela oleh Sam kini naik mendadak sehingga tujuh ekor semuanya.

Lucu!

Walaupun Sam perlu memberi makan seperti sayuran hijau, termasuklah sayur brokoli juga, kepada semua serangga peliharaannya itu, tetapi Sam juga sangat gembira kerana telah mengambil keputusan itu kerana setidak-tidaknya, Sam berpeluang menyaksikan sendiri proses perubahan setiap ekor ulat beluncas yang seterusnya duduk dalam kepompong sebelum akhirnya berubah menjadi seekor rama-rama!

@samd_official/Twitter

Disamping selalu memerhatikan perkembangan ulat-ulat beluncas yang dibela, Sam juga tidak lupa menamakan setiap satu ulat beluncasnya dengan nama-nama yang unik. Nama yang dipilih adalah Cedric (ulat beluncas yang pertama ditemui), Janine, Slim Eric, Croc, Carlos, Broc dan Olly.

@samd_official/Twitter

Menurut perkongsian Sam, Cedric, si ulat beluncas pertama yang ditemuinya, merupakan antara yang pertama berubah menjadi kepompong, yang seterusnya menjadi rama-rama.

Dari “Metapod” kepada “Butterfree!”  

@samd_official/Twitter

Selepas itu, semua ulat beluncas yang dibela oleh Sam masing-masing telah berubah menjadi kepompong sebelum akhirnya menjadi rama-rama yang sangat cantik. Setiap satunya mengambil masa mereka yang tersendiri dan berbeza-beza.

Selepas itu, Sam sendiri telah melepaskan setiap satunya ke alam semulajadi agar mereka dapat terbang dan menikmati kehidupan yang indah.

Tindakan yang dilakukan oleh Sam ini memang luar biasa dan jarang dilakukan, tetapi kami pasti, Sam tidak menyesal melakukannya kerana banyak perkara yang boleh dipelajarinya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular