Haiwan apakah yang manja, terkenal dengan sikap bersahaja dan tidak begitu peduli dengan persekitaran mereka walaupun ada sahaja manusia di sekeliling yang menyayangi mereka?

Ya, jawapannya adalah kucing.

@melfrds/Twitter

Sungguhpun agak ‘sombong’ dengan manusia bahkan dengan tuannya namun kucing sebenarnya mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan rasa kasih mereka terhadap kita.

Maka tidak hairanlah ramai di antara kita yang begitu menyayanginya sehingga menganggap mereka sama seperti anak kandung sendiri.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @melfrds ada berkongsi tangkapan skrin perbualan bersama ibu bapanya yang lebih risaukan kucing peliharaan berbanding dirinya.

@melfrds/Twitter

“Mama lupa nak pesan buka lampu kat dapur untuk Laila (kucing).. Kesian dia gelap, takut ke toilet (pasirnya)”, tulis ibu pengguna berkenaan yang kelihatan lebih menumpukan kucing mereka berbanding anaknya.

Begitu juga dengan bapa kepada pengguna terbabit atau lebih mesra disapa Omel

@melfrds/Twitter

Menurut Omel, nama Laila diberikan kepada kucingnya itu bersempena dengan nama watak siri drama Kampung People. Inilah Laila yang comel itu..

@melfrds/Twitter

@melfrds/Twitter

Nampaknya ibu bapa Omel berkenaan begitu sayangkan kucing peliharaan mereka itu. hairan pula siapa yang ‘anak angkat’ sebenarnya, bukan? Tindakan itu membuatkan ramai pengguna lain turut terhibur.

@melfrds/Twitter

@melfrds/Twitter

@melfrds/Twitter

Comel betul keluarga Omel dengan kucing kesayangan mereka ini, bukan?

Beruntung Laila dipelihara oleh keluarga yang begitu penyayang dan risau akan dirinya. Apa-apa pun, bertabahlah buat Omel kerana ‘dianak-angkatkan’ ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular