Memasak memerlukan penyediaan rapi dan ianya sudah pasti memakan masa juga sebenarnya. Bayangkan kita keletihan setelah pulang sahaja daripada kerja lalu terus sahaja ke dapur untuk menyediakan makanan. Penatnya!

Tetapi wanita-wanita zaman sekarang juga kreatif dan pandai membahagikan masa. Ada sahaja cara mereka untuk memudahkan tugasan memasak seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini.

@nawalhudaa/Twitter

Menurut @nawalhudaa, kaedah ‘meal prep’ yang dikongsikannya ini bukan sahaja dapat menjimatkan banyak masa di dapur, ia juga bahkan berguna untuk individu yang sedang menjaga makan.

Berikut adalah bahan-bahan perapan untuk daging ayam yang dikongsikan oleh Nawal :

@nawalhudaa/Twitter

  • Daging ayam
  • Serbuk cili
  • Yogurt asli
  • Serbuk ramuan campuran (mixed herbs)
  • Cili kasar
  • Lada hitam

Bukan setakat daging ayam sahaja, bahan-bahan perapan di atas juga boleh dilakukan pada ikan.

Anda juga boleh lihat beberapa resipi lain di bawah :

@nawalhudaa/Twitter

Penyediaan perapan ini mengurangkan masa Nawal memasak bekal untuk dibawa ke pejabat. Tambahan pula, daging ayam tersebut sudah pasti sangat sedap kerana telah diperap lama dengan bahan-bahan yang lain.

@nawalhudaa/Twitter

@nawalhudaa/Twitter

Menurut Nawal yang mensasarkan untuk menyingkirkan lagi 10 kilogram berat tubuhnya, seseorang itu perlu makan makanan yang sihat dan seimbang jika mahu menghilangkan lemak dan bukannya otot.

Untuk sukatan pula, gadis ini menggunakan kaedah suku-suku separuh, selain turut mengira pengambilan kalori menggunakan aplikasi myfitnesspal. Barulah tidak terlebih makan!

@nawalhudaa/Twitter

Mungkin anda di luar sana yang sedang dalam misi mengurangkan badan selepas puas makan ketika Hari raya kelak, bolehlah mencubanya…

Maybe you're interested :

Share

Video Popular