China terus dilaporkan mengalami hujan lebat, ribut petir serta banjir besar yang berlanjutan dengan Jabatan Meteorologi Pusat mengeluarkan amaran kuning mengenai hujan lebat ke atas 7 wilayah dan bandar termasuk Guizhou, Hunan, Hubei, Henan, Anhui, Jiangsu, dan Shanghai.

Hujan lebat menyebabkan paras air meningkat setinggi 100 hingga 200 mm di 13 sungai yang terletak wilayah Sichuan, Chongqing dan Guangxi dengan kesemuanya mengalami amaran paras keselamatan banjir besar untuk pemindahan beramai-ramai.

YouTube/Paparan Skrin

Hujan ribut dan banjir kilat di daerah Mianning wilayah Sichuan telah menyebabkan 12 kematian dengan 10 lagi dikhuatiri hilang.

Pejabat Penerangan Kerajaan Daerah Mianning Wilayah Sichuan mengumumkan hujan lebat yang berlaku pada 26 dan 27 Jun telah menyebabkan bandar Yihai, Jalan Gaoyang dan Kawasan Pemandangan Lingshan terjejas teruk. Hampir 10,000 mangsa terjejas di daerah ini dengan lebih daripada 7,700 orang telah diarah berpindah.

STR/AFP via Getty Images

China Selatan dilanda hujan ribut yang mampu mencetuskan kejadian tanah runtuh dan banjir sejak awal Jun, yang mana sehingga kini sudah meragut 78 orang, menurut kementerian pengurusan kecemasan.

STR/AFP via Getty Images

Sementara itu, 12 juta penduduk terkesan dengan kerosakan harta benda, penutupan jalan dan gangguan lain termasuk 720,000 orang diselamatkan dan dipindahkan dari kawasan banjir.

STR/AFP via Getty Images

Di ibu kota Chongqing yang besar, paras air naik lebih lima meter dari paras keselamatan banjir, sekali gus mencatatkan rekod baharu.

YouTube/Paparan Skrin

Banjir kali ini menyebabkan kerugian hampir 25.7 billion yuan (RM15.57 bilion), ditambah dengan pandemik yang sebelum ini turut memberi kesan hebat kepada ekonomi domestik.

STR/AFP via Getty Images

Sementara itu, kerajaan pusat merancang membelanjakan sekurang-kurangnya 200 juta yuan (RM121.15 juta) untuk peralatan bantuan banjir termasuk penyediaan khemah mangsa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular