Setiap anda yang mempunyai haiwan peliharaan pasti sudah biasa dengan telatah haiwan kesayangan mereka. Saban hari ada sahaja perkara yang lucu dilakukan mereka sehingga ramai yang sangat suka untuk berkongsi momen tersebut kepada orang ramai.

Sama juga seperti pemilik kepada seekor anak anjing di dalam video di bawah ini. Melihat telatah anak anjingnya yang lucu membuatkan @tombkeeper memuat naik video tersebut di laman Twitter sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

Apa yang berlaku di dalam video itu ialah anak anjingnya dirakam sedang membetulkan kedudukan kipas. Pada mulanya anak anjing itu berada di dalam sangkarnya dan mungkin kerana kepanasan dia kemudian keluar dan naik ke atas perabot untuk membetulkan hala kedudukan kipas.

Twitter

Kipas tersebut dihalakan terus ke arah sangkarnya dan dia terus berjalan semula masuk ke dalam sangkar, menutup pintu dan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Twitter

Telatah selambanya yang mirip perlakuan manusia itu memang benar-benar melucukan orang ramai. Sehingga kini, video tersebut telah diulang kicau lebih daripada 170 ribu kali dan menerima lebih daripada 380 ribu ‘like’ di laman Twitter.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular