Situasi virus Parti Komunis Cina (COVID-19) di Jepun telah mula beransur pulih dan menunjukkan perkembangan yang baik.

Selaras dengan keadaan ini, pemerintah Jepun mula membenarkan pembukaan semula taman tema hiburan bagi meningkatkan tahap ekonomi negara.

Facebook

Meskipun banyak sektor mula dibuka, rakyat tetap diwajibkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan mengekalkan jarak sosial.

Di taman hiburan pula, selain daripada menjaga jarak 1 meter, pengunjung juga dikehendaki untuk mematuhi satu lagi arahan penting iaitu tidak menjerit ketika bermain ‘roller coaster’.

Fuji-Q Highland/YouTube

Taman tema Fuji-Q Highland telah menetapkan peraturan ini kepada semua pengunjung yang ingin menaiki roller coaster. Lebih melucukan lagi, taman tema ini dilaporkan memiliki terjunan roller coaster yang paling curam di dunia!

Jadi, bagaimana agaknya anda dapat menahan diri anda daripada tidak menjerit ketika anda berada di puncak yang tinggi!

Fuji-Q Highland/YouTube

Semasa anda menunggu giliran untuk menaiki roller coaster, anda akan mendengar pengumuman dari pekerja taman tema yang mengingatkan anda untuk tidak sesekali menjerit ketika menaiki permainan tersebut.

Garisan panduan yang ditetapkan ini adalah agak melucukan dan tidak masuk akal. Netizen turut merasakan bahawa penetapan peraturan ini tidak logik kerana mustahil untuk tidak menjerit ketika menaiki roller coaster.

Fuji-Q Highland/YouTube

Berikutan keluhan daripada orang ramai, dua presiden Fuji-Q Highland iaitu Daisuke Iwata dan Koichiro Horichi telah menunjukkan satu video demonstrasi bagi menggalakkan para pengunjung untuk cuba menaiki roller coaster ini.

Ternyata, menaiki roller coaster tanpa menjerit adalah satu perkara yang tidak mustahil! Lihatlah bagaimana dua presiden ini mampu menaiki roller coaster tercuram di dunia tanpa mengeluarkan sedikit suara!

Video ini mendapat sambutan yang hangat daripada netizen kerana kedua-dua presiden ini berjaya membuktikan bahawa tanggapan netizen selama ini adalah salah! Melucukan sungguh!

Fuji-Q Highland/YouTube

Apa agaknya reaksi pengunjung nanti ya apabila menaiki roller coaster ini? Senyap sunyi je taman hiburan itu nanti.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES INSPIRASI VIDEO

Video Popular