Sungai Shweli (juga dikenali sebagai Sungai Longchuan) yang mengalir melalui sempadan antara China dan Myanmar tiba-tiba berubah menjadi kemerahan kerana sebab yang tidak diketahui.

Ini merupakan kali pertama perkara seperti ini berlaku dalam sejarah dan pastinya membuatkan penduduk tempatan panik. Mereka mengesyaki bahawa telah berlaku pencemaran oleh kilang China.

Untuk makluman, Sungai Shweli mengalir melalui negeri Shan yang terletak di Myanmar dan juga wilayah Yunnan di China.

Menurut ASEAN Today, warna air sungai terbabit menjadi kemerahan pada 10 Jun lalu. Penduduk tempatan mengesyaki bahawa kilang-kilang China telah melepaskan hasil buangan mereka di kawasan hulu sungai.

@asean_today/Twitter

Manakala bahagian tebing sungai juga turut dipenuhi dengan hasil buangan kilang yang menghasilkan gula, kertas dan makanan dalam tin (daging dan ikan) berkenaan.

Seorang penduduk tempatan Myanmar, Sai Aye mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat Sungai Shweli menjadi merah. Ini adalah kali pertama. Mereka tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh China.

Ahli Majlis Mesyuarat Shan, Sai Kyaw Thein pula berkata, “Saya rasa kilang di China melepaskan bahan buangan ke sungai ini. Kami telah mengirimkan surat protes kepada Jabatan Urusan Luar Negeri bandar Ruili, wilayah Yunnan, China.

Pihaknya juga mengatakan bahawa mereka telah pun mengirimkan sampel kualiti air di Sungai Shweli ke makmal di Mandalay untuk diuji.

ASEAN Today/Twitter

Shweli merupakan anak sungai daripada sungai Irrawaddy, iaitu sungai terbesar di Myanmar dan sumber pengairan sebahagian besar pertanian di negara tersebut.

Sungguhpun alasan jelas warna air Sungai Shweli berubah menjadi kemerahan masih lagi tidak diketahui namun rakyat Myanmar percaya ia mungkin pencemaran yang berlaku disebabkan oleh projek ‘Belt and Road’ Parti Komunis China (PKC).

Wilayah Ruilijiang Myanmar dan bandar sempadan timur laut Muse adalah teras perdagangan Sino-Myanmar, di mana Ruilijiang adalah laluan sepanjang Koridor Ekonomi China-Myanmar yang merupakan salah satu perkata penting dalam projek ‘Belt and Road’.

Sama seperti kebanyakan di wilayah lain, inisiatif ‘Belt and Road’ PKC telah menimbulkan kontroversi membabitkan isu dalam menangani kesan projek pembangunan di sempadan.

Selama bertahun-tahun, banyak pihak meminta lebih banyak maklumat dan ketelusan mengenai projek tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular