Wanita mana yang tidak teruja apabila mendapat bunga? Walaupun ada antara mereka yang mungkin tidak terlalu gemar dengan bunga, tetapi apabila ada yang menghadiahkan pada mereka pastinya mereka juga gembira dan bahagia.

Antara bunga yang sering menjadi pilihan ramai semestinya bunga mawar. Ramai yang mengatakan bahawa bunga mawar ataupun ros sebenarnya merupakan lambang sayang dan cinta kepada seseorang.

Jadi, apabila dapat sahaja bunga ros daripada seseorang pasti si penerima akan tersenyum lebar.

Gambar Hiasan/Pixabay

Namun begitu, tahukah anda bahawa jumlah kuntum bunga ros sebenarnya membawa maksud yang tersendiri? Walaupun hanya sekuntum bunga yang anda terima sebenarnya terdapat maksud di sebalik bunga tersebut.

@mirashafiee/Twitter

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Mira Shafiee telah berkongsi satu status mengenai makna di sebalik jumlah bunga mawar. Senarai maksud bunga ros ini telah diambil di sebuah kedai bunga di Pasir Gudang, Johor dan telah dikongsikan pada laman Twitter miliknya.

@mirashafiee/Twitter

Apa yang menariknya ramai netizen yang memberi respon kepada status ini dan ada antara mereka yang turut berkongsi satu lagi maklumat mengenai bunga ros iaitu makna di sebalik warna bunga itu sendiri.

@byu_hanna/Twitter

Semua maklumat yang diberikan mungkin sekadar strategi pemasaran dan tidak perlu untuk mengikutinya secara bulat-bulat. Namun tidak salah juga untuk mengikuti ‘petua’ ini jika anda mahu memberi ‘hint’ kepada pasangan anda.

Jadi selepas ini jika anda mahu menghadiahkan sejumlah bunga ros kepada yang istimewa, anda mungkin boleh menggunakan maklumat ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular