KUALA LUMPUR- Sebuah Lamborghini bernilai kira-kira RM2 juta dilaporkan telah terbakar di tempat letak kenderaan di Pavilion Residences di Jalan Raja Chulan di Bukit Bintang, awal pagi tadi, 28 Jun 2020.

Kebakaran tersebut dikatakan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 40% kereta mewah tersebut. Walau bagaimanapun tiada korban nyawa yang dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada sekitar jam 2.40 pagi itu. Sehingga kini punca kebakaran masih belum diketahui.

Oriental Daily

Oriental Daily

Menurut komander operasi, Mohd Rozi Jusoh, seramai 14 anggota dengan dua trak FRT dan satu kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dari stesen Pudu dan Tun Razak telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan api,” kata Mohd Rozi Jusoh, sambil menambah bahawa unit forensik sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui tentang punca kebakaran.

Oriental Daily

Oriental Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular