Bayangkan anda sedang mengemas rumah, menyapu atau membersihkan lantai tiba-tiba adik-beradik anda atau rakan serumah tanpa rasa bersalah datang menyibuk di situ, apakah yang anda rasakan? Pasti geram bukan?

Dalam pelbagai sudut dan kawasan di rumah, di situ juga mereka mahu menyibuk. Kadang-kadang mereka memang  sengaja bergurau dan tiada niat untuk mengganggu.

@CIicWdhHlXGV0Xs/Twitter

Mungkin itu juga yang difikirkan oleh singa laut ini apabila dia dengan seronok bermain di dalam kolam yang sedang dibersihkan.

@CIicWdhHlXGV0Xs/Twitter

Walaupun dia nampak ada seorang lelaki yang sedang sibuk membersihkan kolam tersebut tetapi dia tidak peduli  dengan semua itu bahkan dengan gembira dia terus melungsur di situ.

@CIicWdhHlXGV0Xs/Twitter

@CIicWdhHlXGV0Xs/Twitter

Nampaknya hatinya senang hari itu sehingga tiada apa yang boleh mengganggunya. Tanpa memperdulikan orang lain atau keadaan kolam yang kotor dia terus bermain tanpa henti.

@CIicWdhHlXGV0Xs/Twitter

Jika anda yang berada di situ anda juga terhibur dengan telatah selambanya atau mungkin anda juga merasakan mahu melungsur sama sepertinya, nampak menyeronokkan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular