Wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19) sekali lagi melanda ibu kota China, Beijing yang membawa kepada gelombang kedua. Difahamkan bahawa ketika Festival Perahu Naga, Beijing secara tiba-tiba dilanda hujan batu.

Mengejutkan apabila saiz batu tersebut bukan hanya sebesar saiz telur bahkan bentuk rupanya seakan-akan menyerupai Virus PKC (COVID-19).

Epoch Times

Perkara ini mencetuskan gurauan netizen yang berkata, “Hujan batu ini mesti Amerika Syarikat”. Jika diimport, perlu lampirkan sijil kuarantin”.

Pada hari ke-26 Festival Perahu Naga, Biro Meteorologi Beijing mengeluarkan amaran kuning mengenai guruh dan hujan batu secara berterusan selain meramalkan bahawa sekitar Beijing akan mengalami hujan lebat dan angin kencang.

Epoch Times

Di daerah Mentougou, Changping dan Yanqing, hujan batu dan guruh berlaku secara tiba-tiba dan tidak berhenti sehingga pukul 10 malam.

Secara kebetulan, ia juga berlaku di bandar berdekatan, Tianjin pada pukul 9 malam, bahkan lebih hebat daripada di Beijing.

Epoch Times

Hujan batu yang melanda ini menakutkan banyak penduduk di Beijing dan Tianjin, sehingga ramai orang berkata, “Sekiranya bukan tahun lompatan tahun ini, akan berlaku ribut salji yang nyata pada bulan Jun”.

Penduduk tempatan mendapati bahawa hujan batu ini bukan hanya sebesar saiz telur bahkan turut kelihatan mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti Virus PKC (COVID-19).

Hujan batu ini turun bertepatan dengan tempoh wabak Virus PKC (COVID-19) yang teruk melanda Beijing dan nampaknya ia berlaku secara ‘kebetulan’.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular