Betapa kuatnya gigi anda? Adakah anda rasa ianya sudah cukup kuat untuk membuka tin minuman? Ya, itulah kemampuan seorang lelaki, Evanilson Gomes yang menggelarkan dirinya sebagai ‘human can opener’.

Gomes yang berusia 35 tahun tersebut difahamkan telah berkongsi beberapa rakaman video di media sosial yang menunjukkan dirinya membuka tin menggunakan kekuatan daripada gigi luar biasa miliknya itu.

Evanilson Gomes/YouTube

Sungguh mengagumkan apabila pemuda dari Brockton, Massachusetts berkenaan berjaya merobek bahagian atas tin minuman itu dengan hanya menggunakan gigi. Hebat betul!

Menurut sumber, tidak banyak informasi yang diketahui berkaitan dengan pemuda bergigi kuat ini namun rakaman video pertama yang dimuat naiknya adalah pada tahun 2014.

Evanilson Gomes/YouTube

Ini bermakna, sudah lama juga Gomes berlatih dan melakukan perkara menakjubkan sebegini. Jom kita lihat kehebatan gigi Gomes :

Bukan itu sahaja, video di bawah ini turut menunjukkan aksi Gomes membuka dua tin minuman pada masa yang sama!

Buka penutup botol pun boleh guna gigi!

Sehingga kini, akaun peribadi Gomes di TikTok telah menerima lebih 2.6 juta orang pengikut. Mungkin gigi Gomes ini dihasilkan daripada besi agaknya. Apa pendapat anda mengenai kebolehan unik Gomes ini?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular