Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau pembukaan semula sekolah yang bermula sejak dua hari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Danau Kota, Setapak pada 26 Jun.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah mencerminkan keprihatinan tinggi baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru serta pelajar sekolah di seluruh Malaysia setelah hampir tiga bulan sekolah diarah tutup berikutan penularan pandemik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak sekolah dan para guru atas persediaan rapi bagi menjamin keselamatan selain mengelakkan risiko jangkitan.

Baginda turut menasihati para guru dan pelajar agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan norma baharu termasuk penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Berangkat sama adalah anakanda baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Seri Paduka Baginda Al- Sultan Abdullah turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para guru dan pelajar sekolah berkenaan sebelum mengakhiri lawatan kerja ini.

Baginda mendoakan semoga semua guru dan pelajar di Malaysia yang kembali memulakan sesi persekolahan dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular