AMERIKA SYARIKAT- Rangkaian vitamin dan makan tambahan,  GNC Holdings dilaporkan telah memfailkan notis bankrap dan merancang untuk menutup sebanyak 1,200 dari 5,200 buah rangkaian kedai di Amerika Syarikat dan kini sedang mencari pembeli.

Stephen Chernin/Getty Images

Setelah bertahun-tahun dihimpit dengan masalah kemerosotan jumlah jualan serta hutang lebih daripada $900 juta, syarikat ini akhirnya mamfailkan notis bankrap di bawah Bab 11. Perkara ini terus meruncing ketika berlakunya wabak pandemik sehingga memaksa syarikat ini untuk menutup sekitar 40% daripada rangkaian yang ada.

Pada suku pertama tahun ini syarikat tersebut dilaporkan telah menerima kerugian sebanyak $200 juta dan bulan lalu amaran telah dikeluarkan dengan mengatakan bahawa rangkaian kedai yang ditutup sementara sebelum ini mungkin akan terus ditutup terus.

Rangkaian itu telah ditubuhkan pada 1935 di Pittsburgh dan merupakan syarikat peruncit AS keenam yang menuntut perlindungan bankrap semasa wabak pandemik, yang akhirnya telah menyebabkan ribuan rangkaian kedai terpaksa ditutup sehingga mengalami kerugian yang besar.

Dalam fail muflis yang dikeluarkan, GNC menyatakan bahawa ia mempunyai aset dan liabiliti  bernilai antara $1 hingga $10 bilion. Pendapatan tahunanannya pula turun 12% pada tahun lalu kepada $2.07 bilion. GNC dilaporkan mempunyai 5,200 buah cawangan kedai di A.S dan 1,600 lokasinya berada di dalam farmasi Rite Aid.

Selama bertahun-tahun, GNC adalah peruncit yang menjual vitamin, serbuk protein dan makanan tambahan. Tetapi pada tahun 2015, para penganalisis mengatakan, syarikat ini akan kehilangan tempat dalam pasaran apabila bersaing dengan jenama lain seperti Walmart, Target, CVS dan Costco.

Tambahan lagi, Peningkatan penggunaan e-dagang pula merosotkan lagi dominasi GNC apabila pembeli beralih kepada Amazon dan laman web diskaun lain untuk mendapatkan produk kesihatan.

Menjelang 2016, jualan dan keuntungan mulai menurun. Syarikat itu juga secara agresif telah membeli kembali sahamnya dengan menggunakan sejumlah besar wang yang dipinjam, yang menyebabkannya bebanan hutang semakin banyak dan dalam masa yang sama keuntungan semakin merosot.

Hutang yang banyak telah memberi bayangan kepada prestasi kewangan syarikat. Pada 2015 GNC menrika keuntungan sebanyak $219 juta tetapi pada tahun berikutnya syarikat ini mengalami kerugian sebanyak $286 juta.

Baru-baru ini, GNC berhadapan denagn pembayaran hutang bernilai $160 juta yang perlu dijelaskan pada Ogos ini, dan $450 juta lagi perlu dijelaskan pada bulan Mac tahun hadapan. Saham syarikat ini pula dikatakn terus menurun dan pada tahun ini saham GNC telah susut hampir 80%.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular