- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Projek Reben Kuning jadi paksi pencalonan Syed Saddiq dalam senarai pendek anugerah “Politician of the Year” oleh One Young World UK

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah tersenarai [1] dalam senarai pendek bagi calon penerima anugerah Politician of the Year oleh One Young World, yang merupakan sidang kemuncak kepimpinan belia terbesar di dunia yang berpusat di United Kingdom.

 

Anugerah Politician of the Year yang telah ditubuhkan pada tahun 2018 ini disampaikan kepada lima orang ahli politik muda paling terkemuka di dunia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun.

Calon-calon penerima anugerah ini dipilih berdasarkan kesan yang diberi oleh calon kepada komuniti belia di negara masing-masing. Selain itu, kebanyakan daripada calon penerima anugerah ini adalah mereka yang menggalakkan penyertaan orang muda dalam bidang politik.

 

YB Syed Saddiq secara khasnya tercalon dalam senarai pendek penerima anugerah ini selepas Pojek Reben Kuning yang merupakan inisiatifnya semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan sebelum ini mendapat perhatian One Young World.

Penjara Malaysia/Twitter [15]

Projek Reben Kuning adalah salah satu usaha dari kementerian itu untuk memberi peluang pekerjaan kepada belia yang merupakan bekas banduan. Menurut Bernama [16], projek ini telah memberi manfaat kepada 24,234 orang belia semasa YB Syed Saddiq masih lagi berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Sidang kemuncak One Young World menghimpunkan delegasi dari lebih 190 buah negara dan disokong oleh pemimpin kemanusiaan yang berpengaruh seperti Justin Trudeau, Paul Polman, dan Meghan Markle.

Syed Saddiq/Twitter [17]

Untuk tahun 2020, seramai 15 orang ahli politik dari seluruh dunia telah disenarai pendek dan setiap satunya akan disemak oleh panel penilaian pakar dari One Young World yang seterusnya akan menentukan lima orang penerima anugerah.

Pengumuman penerima anugerah ini akan diadakan pada pertengahan bulan Julai dan anugerah akan disampaikan pada Sidang Kemuncak One Young World 2021 di Munich.

loading...