PAKISTAN- Menteri penerbangan Pakistan baru-baru ini telah mendedahkan bahawa lebih dari 30% juruterbang Pakistan sebenarnya tidak memiliki lesen juruterbang yang sah. Sehingga 25 Jun lepas sebanyak 260 dari 860 orang juruterbang Pakistan yang aktif telah digantung perkhidmatan mereka sementara menunggu hasil siasatan setelah pendedahan tersebut dibuat di khalayak umum.

AAMIR QURESHI/AFP via Getty Images

Semasa berucap di dalam Majlis Nasional Pakistan, Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sarwar Khan, mengatakan bahawa juruterbang tersebut sebenarnya tidak menduduki ujian prasyarat bahkan telah membayar orang lain untuk melakukannya untuk mereka. Pada dasarnya, juruterbang yang digantung sebenarnya tidak mempunyai pengalaman menerbangkan pesawat secara formal.

ADRIAN DENNIS/AFP via Getty Images

Menurut jurucakap syarikat penerbangan nasional negara itu, Pakistan International Airlines (PIA) mengakui bahawa lesen palsu bukan hanya masalah PIA tetapi merupakan masalah tersebar di seluruh industri penerbangan di Pakistan.

Siasatan ini dijalankan selepas terjadinya nahas kapal terbang di Karachi yang telah mengorbankan 97 nyawa dan mengikut laporan BBC siasatan awal mendedahkan bahawa nahas tersebut berlaku akibat kesalahan manusia. Didapati bahawa semasa penerbangan, kedua-dua juruterbang yang menerbangkan pesawat itu sedang berbual mengenai wabak COVID-19 dan tidak fokus.

ASIF HASSAN/AFP via Getty Images

Tambahan lagi, kedua-dua orang juruterbang itu dikatakan telah mengabaikan tiga amaran yang dikeluarkan oleh pengawal trafik udara yang mengeluarkan amaran bahawa pesawat sedang berada di latitud yang sangat tinggi dan mereka sepatutnya tidak melakukan cubaan untuk mendarat.

Dengan mengabaikan amaran tersebut, mereka cuba mendaratkan pesawat tanpa menggunakan mana-mana gear mendarat. Sehingga kini sama ada kedua-dua juruterbang itu menggunakan lesen palsu atau tidak masih tidak diketahui.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular