Susulan hujan yang berterusan bemula petang dan hujan lebat pada tengah malam semalam, sebanyak lima daerah di Sabah telah dinaiki air sehingga menyebabkan bencana banjir yang agak teruk. Lima daerah yang terjejas itu ialah Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Keningau dan Tuaran.

Bencana ini dilaporkan telah menjejaskan sehingga 41 buah kampung seperti Kampung (Kg) Siasai Tamu, Kg Kota Belud, Kg Bobot, Kg Ejuk, Kg Menunggui, Kg Lebak Engad, Kg Serimbai, Kg Lingkodon, Kg Dongoi, Kg Marajah, Kg Lebak Moyoh, Kg Sadok-Sadok, Kg Gunding, Kg Linau, Kg Karang Benai, Kg Taun Gusi, Kg Tanjung Pasir, Kg Labuan dan Kg Tanjung Wakap dan lain-lain lagi.

Sukan Star TV/Facebook

Berdasarkan kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah kepada Bernama, sehingga pagi ini (28 Jun), sebanyak tiga pusat pemindahan sementara telah dibuka iaitu dua pusat di Kota Belud yang menempatkan 31 orang mangsa dan satu pusat di Penampang yang menempatkan seramai 18 orang mangsa.

TV Orang Sabah/Facebook

TV Orang Sabah/Facebook

Sehingga entri ini dihasilkan, beberapa kampung di Penampang, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran juga telah dinaiki air, namun masih belum ada pusat pemindahan sementara yang dibuka.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa di Sabah akan terus membuat pemantauan rapat di kawasan-kawasan panas di daerah-daerah yang terlibat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular