Empangan Tiga Gaung (Gorges Dam) yang terletak di China kini menjadi perhatian ramai setelah paras air meningkat dan pihak berkuasa tempatannya telah mengeluarkan amaran banjir di sekitar kawasan empangan berkenaan.
Menurut laporan Taiwan News, ahli hidrologi China terkemuka, Wang Weiluo, mendakwa bahawa empangan itu “boleh runtuh pada bila-bila masa,” disamping turut menyatakan kebimbangannya tentang reka bentuk, pembinaan, dan proses pemeriksaan empangan berkenaan.
Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan bahawa maklumat mengenai banjir di Chongqing adalah “maklumat sensitif,” yang seterusnya menyebabkan mereka menapis maklumat itu. Banjir sudah melanda 26 wilayah, memerlukan penyelamatan darurat untuk lebih dari 213,000 orang, dan telah merosakkan lebih dari 171,000 rumah. Keadaan ini juga mungkin akan menjadi lebih buruk apabila 980 takungan terjejas.
Maybe you're interested :
- Beri tanda suka pada komen yang menuntut bahawa kimchi adalah milik China, bintang ‘mukbang’ Korea Selatan terima kecaman hebat dari warganet China
- Koronavirus : Pihak berkuasa China dikatakan sembunyi data kematian dan skala sebenar penularan wabak
- “Jika ada pertanyaan, sila tanyakan kepada kucing ini,” pemilik kedai selamba tinggalkan kedai kerana percaya ia akan dijaga oleh kucingnya