- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Jarang sekali berlaku! Anggota MBSA ini menyelesaikan cucian kereta gadis ini selepas pekerja asing di premis cuci kereta melarikan diri semasa serbuan

Kadang-kala, peristiwa yang berlaku secara kebetulan dan diluar kawalan kita boleh menjadi sesuatu yang melucukan. Dan selalunya, peristiwa sebegini memang langsung tidak pernah kita fikirkan.

Begitulah yang dilalui oleh seorang pengguna Twitter, @idiyan_ [1] yang secara kebetulan sedang menggunakan khidmat cuci kereta di sebuah premis cuci kereta di Shah Alam ketika premis itu diserbu oleh pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Serbuan oleh MBSA yang dilakukan secara mengejut itu adalah bertujuan untuk memeriksa pekerja asing yang bekerja di premis berkenaan. Bagaimanapun, belum sempatpun kereta @idiyan_ sempat siap dicuci, para pekerja di premis itu sudah melarikan diri dan meninggalkan kereta @idiyan_ yang masih memerlukan cucian di bahagian dalam kereta.

@idiyan_/Twitter [1]

@idiyan_/Twitter [1]

Yang lucunya, selepas serbuan oleh MBSA itu didapati menemui jalan buntu kerana semua pekerja asing telahpun melarikan diri, salah seorang dari anggota MBSA secara spontan terus menyambung cucian kereta @idiyan_ yang masih belum selesai itu.

@idiyan_/Twitter [1]

Dengan rasa serbasalah, @idiyan_ meminta anggota itu berhenti mencuci. Memang lucu!

Tetapi, mungkin kerana simpati melihat keadaan kereta @idiyan_ yang terbiar dengan semua pintu kereta sudah dibuka tetapi tidak sempat untuk selesai dicuci, anggota MBSA berkenaan terus nekad mencuci sehingga ke tahap menyedut habuk dalam kereta @idiyan_.

@idiyan_/Twitter [1]

@idiyan_/Twitter [1]

Siapa sangka rutin cucian kereta yang lazimnya berlangsung seperti biasa tiba-tiba boleh menjadi kejutan dan lucu sebegini, bukan?

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman kisah peribadi oleh @idiyan_ ini telahpun meraih lebih dari 9,700 ulang kicau, lebih dari 8,800 sukaan dan 89 komen dari warganet yang rata-ratanya berasa terhibur dan tidak menyangka peristiwa sebegini boleh berlaku.

@idiyan_/Twitter [1]

Nampaknya, mungkin gadis ini adalah yang pertama berdepan dengan situasi sebegini dan mungkin juga merupakan individu pertama yang menerima cucian kereta daripada pihak berkuasa. Lucu!

loading...