- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Pelbagai jenis roti Gardenia berselerakan di atas jalan raya selepas lori Gardenia terlibat dalam kemalangan berhampiran KLIA

Sebuah lori yang membawa muatan roti Gardenia untuk pasaran di Muar, Tangkak dan Segamat, Johor telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di lebuh raya KLIA pada malam Jumaat (26 Jun) lalu.

Berdasarkan kiriman dengan beberapa keping gambar di lokasi kemalangan oleh laman kumpulan Anak-anak Muar [1] di laman Facebook, dapat dilihat bahawa banyak roti berjenama Gardenia dalam pelbagai jenis berselerakan di atas jalan raya, dipercayai kesan pelanggaran kenderaan itu.

Pelanggaran antara dua muatan berat itu telah menyebabkan bahagian hadapan lori roti Gardenia hampir musnah akibat hentakan yang kuat, yang seterusnya menyebabkan dinding ruang simpanan roti menjadi rosak dan menjatuhkan banyak bekalan roti di lokasi kemalangan.

Bagaimanapun, pemandu lori roti Gardenia itu dilaporkan selamat dan berada dalam keadaan yang stabil walaupun mengalami sedikit kecederaan akibat kemalangan itu.

“Pemandu (lori) alhamdulillah selamat, (cuma mengalami) luka sedikit sahaja,” kongsi seorang pengguna Facebook, Sufieann Antoo [2] dalam ruangan komen kiriman berkenaan.

Anak-anak Muar/Facebook [1]

Menurut perkongsian laman The Vocket [3], kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami kecederaan parah.

loading...