Seorang wanita dari Texas, Amerika Syarikat berkongsi kisahnya sedang bertarung dalam memerangi COVID-19 untuk kali kedua.

Dalam catatan penuh emosi di Facebook, Meredith McKee berkongsi gambar dirinya yang sedang menangis ketika menjalani rawatan di Hospital Presbyterian di Dallas, Texas.

“Untuk kali kedua dalam tempoh 12 minggu saya telah mengikat kontrak bersama COVID-19 sekali lagi. Ya, anda boleh mendapatkannya sekali lagi dan ia memukul saya seperti dihimpit dengan timbunan batu bata … sekali lagi,” luah Meredith.

Meredith McKee/Facebook

“Saya di sini untuk memberitahu anda bahawa ia tidak akan berakhir, ini adalah kisah benar dan tiada kisah yang perlu dibuat-buat,” tulisnya.

“Ada begitu banyak perkara yang masih tidak diketahui dan CDC tidak dapat mengetahui apakah virus itu tidak aktif selama ini atau apakah itu adalah kontraksi baru. Kali ini sangat berbeza tetapi tidak kurang hebatnya. Banyak air mata mengalir dan lebih sakit. Orang ramai di luar sana, SILA ambil perhatian dengan SERIUS,” nasihat Meredith.

“Saya mengalami batuk kering seperti anda tidak percaya anda sedang sakit dan ia tidak berhenti,” kata Meredith kepada media.

Menurut Meredith ketika dia didiagnos positif COVID-19 pada bulan Februari, dirinya berusaha melawan untuk bebas virus itu dari rumah dan berjaya menewaskannya. Setelah menguji positif antibodi, dia menyumbangkan plasma darahnya untuk kali kedua bagi membantu orang lain melawan pandemik membunuh itu.

YouTube/Paparan Skrin

“Saya berasa seronok melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain pada akhirnya selepas berjaya keluar daripada rintangan itu dan lapan orang telah menjalani rawatan dengan sumbangan plasma ini,” kata Meredith.

Dalam catatan terbaru yang dikemas kini di Facebook, Meredith McKee kembali ke hospital pada 12 Jun setelah tekanan darahnya meningkat dengan mendadak dan dia menyedari sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam dirinya, syukur kini dia sudah selamat menjalani rawatan.

Seorang pakar epidemiologi, Dr Robert Haley dari UT Southwestern yang tidak berkaitan dengan kes Meredith McKee memberitahu jangkitan COVID-19 untuk kali kedua nampaknya bukan perkara biasa, tetapi kebarangkaliannya boleh terjadi.

YouTube/Paparan Skrin

“Kami tidak benar-benar mengetahui betapa seriusnya penyakit ini untuk jangkitan kali kedua berbanding kali pertama,” kata Dr. Robert Haley.

Meredith McKee berharap dia tidak mendedahkan jangkitan virus itu kepada ahli keluarga dan rakan-rakan dengan terus menasihatkan kepada semua, “Pastikan diri kekal selamat, duduk di rumah, pakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan anda. Terima kasih atas doa dan keprihatinan. Anda semua mampu melakukan perubahan!”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular