- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Wanita ini rendam buah strawberi dengan air garam, lihatlah betapa banyak ulat yang keluar. Gelinya

Buah strawberi merupakan antara perkara yang wajib rakyat Malaysia beli setiap kali ke Cameron Highlands. Buahnya yang besar, berwarna merah dan rasa masam manis ini sungguh enak dimakan begitu sahaja dan lebih menyelerakan sekiranya dicicah bersama sos coklat. Memang kecur air liur dibuatnya.

Sudah menjadi tabiat kita untuk mencuci buah sebelum menikmatinya. Biasanya kita akan mencuci buah dengan menggunakan air sahaja dan membilasnya sebanyak dua kali atau lebih. Tetapi tahukah anda bahawa kaedah mencuci buah dengan air sebenarnya tidak sebersih yang kita sangkakan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter [1] dikenali sebagai Vickie telah memuat naik sebuah video berdurasi satu minit memaparkan caranya mencuci buah strawberi. Selain daripada menggunakan air bersih, Vickie turut mencampurkan sedikit garam untuk merendam buah strawberi tersebut. Hasilnya pasti akan membuatkan bulu roma anda meremang!

Menurut perkongsian Vickie, dia terdorong untuk mencuci buah strawberi di dalam larutan air garam setelah melihat beberapa netizen lain turut mencuba kaedah yang sama.

Keinginan Vickie untuk mengetahui dengan lebih lanjut membuatkan dia teringin untuk mencubanya. Jadi, Vickie telah membeli sepaket buah strawberi di pasaraya. Buah itu direndam di dalam air bersama sedikit garam. Selepas 30 minit, alangkah terkejutnya Vickie apabila mendapati terdapat banyak serangga kecil merangkak keluar dari buah strawberi tersebut!

Malah, air rendaman buah itu turut bertukar warna kesan daripada kotoran yang keluar daripada buah strawberi tersebut. Menggelikan! Bayangkan selama ini kita memakan buah strawberi tanpa merendamnya dengan air garam!

Pengajaran daripada video ini, sila cuci buah, sayur atau apa sahaja bahan makanan dengan bersih sebelum memasukkannya ke dalam mulut anda. Jika tidak, anda mungkin akan termakan serangga-serangga kecil ini tanpa anda sedari!

loading...