- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Penghuni tingkat 5 terima kejutan keluar waktu pagi apabila dapati keseluruhan tangga utama bangunan sudah tiada

Sebuah rakaman video tular di media sosial China baru-baru ini menunjukkan ketika seorang penghuni sebuah pangsapuri dari tingkat lima di Taizhou, Zhejiang, bangkit pada waktu pagi untuk pergi bekerja, tiba-tiba mendapati tangga bangunan itu sudah hilang ketika dia membuka pintu hadapan rumah. 

Ketika penghuni ini membuka pintu dan berdiri di hadapan rumahnya terdapat jurang dalam ke bawah yang sungguh seram dan membahayakan.

Pengguna Twitter @Any_Lee [1] memuat naik rakaman itu pada 21 Jun dengan kapsyen, “Penghuni tingkat lima bangunan mendapati tangga sudah hilang. Adakah ini untuk memudahkan orang-orang terbang ke bawah? Pada 14 Jun 2020, Encik Zhang dari Taizhou, Zhejiang, China memuat naik video ini. Encik Zhang berkata dia tinggal di Tingkat 5. Ketika dia bersiap untuk keluar bekerja pada hari itu, dia membuka pintu dan terkejut melihat tangga sudah tiada.”

Any_Lee/Twitter [1]

Seperti yang anda dapat lihat dalam video, tangga di sebuah bangunan konkrit lima tingkat itu sudah hilang dan pada masa yang sama, dari lantai pertama sehingga hampir ke bumbung, tiada struktur sambungan besi dan keluli yang menanggung beban di bahagian menghubungkan tangga dan sisi dinding. Ramai yang mengesyaki projek perumahan ini seperti projek tampalan tangkap muat untuk disiapkan.

Para penghuni mengadu mereka tidak berdaya untuk berkata apa-apa. Mereka hanya mampu menggunakan tangga kecemasan yang sedia ada di luar bangunan untuk keluar dan masuk ke dalam pangsapuri. Namun terdapat juga risiko keselamatan menyebabkan penghuni lain yang berkemampuan, yang tidak mahu bercakap banyak telah berpindah secara tergesa-gesa.

Any_Lee/Twitter [1]

Beberapa orang yang telah menonton video tersebut berpendapat bahawa tangga itu diruntuhkan untuk diubah menjadi lif dan pihak pengurusan telah terlupa untuk memaklumkannya kepada penghuni.

Tetapi seorang netizen memberi komen, “Mahu tukar lif? Walaupun ada lif bukankah anda harus terus mengekalkan tangga. Lif akan rosak dan mengalami gangguan elektrik. Saya hanya boleh mengatakan ini adalah sebuah negara yang ajaib.”

Terdapat banyak perbincangan mengenai video ini dengan ada yang mengkritik kehidupan semua orang dianggap mudah dan lalai, sambil melabel projek ‘sisa tauhu’ berada di mana-mana sahaja di China.

Any_Lee/Twitter [1]

“Pembinaan tanpa pemberitahuan kepada semua penghuni seperti diarah berpindah bagi tujuan keselamatan, dengan tiada keizinan diperlukan untuk perlindungan keselamatan, sama seperti pembunuhan, ia benar-benar mengancam nyawa,” tulis seorang netizen.

“Di sebuah negara kuasa besar, tiada yang mustahil. Nasib baik dengan siling-siling sekali tidak terjatuh. Tidak perlu meletak besi dan keluli untuk menahan tangga dan dinding, itu bangunan buatan China..” seorang netizen menambah.

Any_Lee/Twitter [1]

“Rasanya adegan mimpi buruk telah muncul dan ia terlalu menakutkan. Di negara Tembok Besar, tiada perkara yang tidak boleh dibayangkan, segalanya boleh mereka lakukan,” perli seorang netizen.

loading...