KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia pemantau glukosa berterusan (CGM) untuk penghidap diabetes, DexCom Inc memilih Taman Perindustrian Batu Kawan sebagai kilang pembuatan ketiganya.

Menurut laporan, kilang pembuatan baharu itu merupakan merupakan projek pertama di luar Amerika Syarikat dan pemilihan Malaysia sebagai lokasi untuk membangunkan kilang tersebut adalah sesuatu yang amat membanggakan. DexCom Inc merupakan sebuah firma yang berpangkalan di San Diego, California.

Naib Presiden Eksekutif DexCom merangkap Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Operasi iaitu Quentin Blackford memaklumkan bahawa dalam tempoh 10 tahun ke hadapan, kemudahan kilang pembuatan di Batu Kawan ini dijangka akan menyumbang kepada penambahan jumlah pekerjaan baharu di Malaysia.

Facebook | AMSL Diabetes

Jelas Quentin lagi, terdapat banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan selaras dengan pembukaan kilang tersebut. Antaranya, sektor pembuatan, pengurusan kemudahan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkaitan dengan pembuatan.

“Baru-baru ini, kami memutuskan untuk membangunkan kilang pembuatan ketiga di Taman Perindustrian Batu Kawan bagi menyokong pertumbuhan berterusan kumpulan. Selepas meninjau beberapa lokasi berpotensi, kami mendapati lokasi di Malaysia sangat sesuai dengan keperluan pembuatan masa depan”.

Keputusan DexCom untuk memperluaskan barisan pengeluaran ini dibuat selepas mengambil kira beberapa aspek seperti peningkatan kesedaran mengenai produk CGM DexCom.

“Kilang baharu ini akan menjadi kemudahan tambahan sedia ada kami dan akan membantu memenuhi keperluan global untuk produk CGM bagi tahun mendatang,” jelas Quentin.

Pada masa yang sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyatakan kepercayaannya bahawa kilang pembuatan baharu milik DexCom itu mampu membantu meningkatkan pengeluaran peneraju industri sistem CGM milik firma itu. Meskipun situasi pandemik masih belum berakhir, Malaysia amat mengalu-alukan keputusan Dexcom untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang komprehensif.

Pada tahun 2019, sebanyak 402 projek peranti perubatan dengan pelaburan mencecah RM20.5 bilion telah dilaksanakan di Malaysia. Ekoran itu, ia telah membuka lebih daripada 76,500 pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang secara langsung meningkatkan ekonomi rakyat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL INSPIRASI

Video Popular